Tapak Pembinaan RBL Baru Di Tokai, Kedah

Selepas memerhatikan RBL Tokai yang menjadi pioneer di sini hampir siap di bina, seorang lagi bakal pengusaha tampil kehadapan menyatakan hasrat untuk membina sebuah lagi RBL di sini...

Dengan modal yang lebih tinggi..RBL yang lebih besar.. beliau dengan cepat mengambil peluang untuk membina RBLnya. Berhampiran dengan masjid dan ditepi tanah perkuburan RBL ini bakal berkongsi dan berjiran dengan arwah-arwah.. yang telah lama menjadi penghuni di sini.. Kita doakan kejayaan buat Pak Cik ini..

Tanggal 25 Oktober 2010 mencatat sejarah buat Pak Cik pemiliknya dan Pak Din...kerana hari ini ialah hari lahir Pak Din.. Ermmm sudah tahun yang keberapa Ya??

Dengan 5 buah lori siput yang membawa concrete untuk dijadikan lantai.. 20'x40'x 3 tingkat tapaknya sudah dapat disapkan walaupun sehingga ke jam hampir 5 petang. Kebiasaannya tapak yang sebegini disiapkan dalam masa 2 hari tapi berkat ketekunan semua..ianya dapat disiapkan hari ini juga.. Bersyukur Pak Din semuanya berjalan lancar.. sampai tak sempat Pak Din makan tengahari...BEGITULAH setiap kali permulaan RBL baru.. Jika tiada ARAL MELINTANG ianya bakal disiapkan dalam tempoh 2 bulan..INSHA ALLAH

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments