Soalan Cepu Emas...

Pak Din menerima panggilan dan e-mail dari teman-teman baru dari serata negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak... semuanya menyatakan berminat dengan industri burung layang-layang ini.. Sebahagian besarnya menyatakan tidak tahu bagaimana nak mula.. Nasihat Pak Din begini:

Pertama:

Mulakan dengan pembacaan dari mana-mana sumber..internet, buku, bertanya kawan-kawan.. Dapatkan info sebanyak mungkin dari apa juga sumber..jangan malu bertanya..tetapi bacalah dulu.. dari blog Pak Din..yang telah membuat posting sejak akhir tahun lepas hingga sekarang. Terdapat lebih dari 400 posting kesemuanya.. Baca sebanyak yang boleh. Di sini terdapat maklumat dari jenis-jenis rumah, keperluannya, pasal burung layang-layang, sifat-sifatnya, keperluannya..dan pelbagai lagi.. Rumah kos rendah, sederhana dan juga yang mahal-mahal jika kita mampu membuatnya.. Ada juga maklumat-maklumat bagaimana pasarannya, lokasi yang berpotensi dan sebagainya..

Kedua:

Memahami sifat-sifat burung layang-layang ini, potensinya dan kesabaran yang diperlukan dalam mencapai kejayaan. Kefahaman ini penting supaya kita faham..bukan mudah nak capai kejayaan. Jika nasib tidak menyebelahi kita..kita mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapat pulangannya.. Sekarang ini berpuluh ribu rumah burung diluar sana yang masih tidak berjaya memperolehi hasil walau sudah bertahun beroperasi.. Jadi jika kita tidak faham.. mungkin usaha kita hanya setengah jalan saja.. dan kita akan merasa kita sudah "FAIL" dan menyalahkan kontraktor atau orang yang membina rumah kita..

Ketiga:

Memahami keperluan membuat pengurusan rumah setelah rumah siap dan mula beroperasi.. janganlah ingat..rumah dah siap.. duit sudah habis.. rumah akan terus dimasuki burung... dan selepas itu burung terus tidur dan bersarang... Jika itu yang diharapkan...jangan cuba menceburi bidang ini..kerana lebih banyak usaha diperlukan untuk berjaya..

Kempat:

Kefahaman kenapa RBL kita perlu tidak diganggu terlalu kerap.. kerana burung mungkin bosan dan pindah ketempat lain..mengapa sarang tidak boleh dikutip pada tahun pertama/kedua... dan bermacam-macam lagi..

Kelima:

Kenapa keikhlasan dan kesabaran lebih banyak diperlukan untuk berjaya....dan bermacam-macam lagi...

Keenam:

Kejayaan bukan terletak di tangan Pak Din.. rezeki datangnya dari Allah bukan Pak Din!!!! Jadi jangan lupa mengerjakan solat... dan solat dhoha.. dan doa bagi mendapat rezeki dari Yang Maha Esa.. dan KESABARAN DAN KEIKHLASAN SEBAHAGIAN DARI IMAN..

TERINGAT PAK DIN AKAN SALAH SEORANG PENGUSAHA YANG BARU SEBULAN MEMBUKA RBLNYA SUDAH BERTANYA..BUKAN SEKALI, DUA KALI TETAPI BERKALI-KALI "KENAPA BURUNG BANYAK YANG KELUAR MASUK KE RUMAHNYA...TETAPI MASIH TAK MAHU TIDUR????" MUNGKIN TEMAN-TEMAN YANG LAIN BOLEH TOLONG JAWAB??

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments