Kuantan...Kini Kami Sudah Bersedia Untuk Satu Lagi RBL ..





Setelah 3 bulan berlalu, kini impian keluarga ini untuk membina RBl mereka hampir menjadi kenyataan.. Tapak yang sudah siap ditambak kini akan digunakan setelah perjanjian antara pemiliknya dan Pak Din
dimeteraikan.. Terima Kasih yang tidak terhingga Pak Din ucapkan kerana kepercayaan yang diberi.. akan Pak Din buat sebaik mungkin...

Barang-barang sudah mula dibeli, dari atap, bata, tiang, besi-besi untuk struktur besinya sudah pun dibeli dan kini menunggu untuk dilonggokkan di satu tempat untuk dikumpulkan dan di naikkan ke atas trailer... dan BROOOOMMM...BRooom brooom bertolaklah trailer dan barangnya..dijangka dalam sehari dua ini.. Pekerja juga sudah dapat dikumpulkan..INSHA ALLAH jika tiada lagi aral melintang..awal bulan November ini akan terbinalah satu lagi RBL baru milik "orang Kita" di Kuantan..

Doakanlah kejayaan kami.. AMINNN...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments