Selingan- Utusan Malaysia

ARKIB : 07/10/2010
Biaya walit RM67 juta

PUTRAJAYA 6 Okt. - Agrobank telah mengeluarkan pembiayaan berjumlah RM67.7 juta kepada mereka yang berminat menceburi industri sarang burung walit yang semakin berkembang di negara ini.

Pembiayaan itu disediakan melalui peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertujuan menggalakkan pelaburan di dalam industri berkenaan berikutan permintaan tinggi terutamanya di China.

Pembiayaan yang mula disediakan sejak awal tahun ini, kini menarik 200 individu dan kumpulan untuk mendapatkan pinjaman mereka dari bank tersebut.

Pengurus Agrobank (Pemasaran Jualan), Jamaludin Mahfodz berkata, pinjaman itu digunakan untuk membina 'rumah' burung serta menyediakan sistem bunyian untuk menarik perhatian burung walit membina sarang.

"Berdasarkan pengalaman pihak bank, pengusaha sudah mampu membuat pembayaran balik tidak sampai setahun walaupun dibenarkan menangguhkan bayaran selama 12 bulan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah mengenai peruntukkan perusahaan burung walit pada dalam seminar yang dianjurkan oleh Gabungan Pengusaha Makanan Halal Malaysia (GPMM) di sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Presiden GPMM, Abdul Rahman Bakar.

Pak Din berjumpa dengan pegawai bank pertanian di Pendang minggu lepas.. salah seorang teman Pak Din sedang CUBA mendapatkan pinjaman untuk membayar balik wang yang digunakannya untuk membina RBL beliau...ermm buat apa mengeluarkan duit puluhan ribukan? jika ada pembiayaan yang disediakan dengan bayaran balik yang berpatutan...begitulah katanya.. Pegawai bank tersebut telah melawat RBLnya yang telah hampir siap itu..dan berkata tiada masalah untuk pinjaman diluluskan.. ALHAMDULLILAH..

Teman-teman sekalian, kenapa tak dipohon jika ianya senang untuk mendapatkannya.. pihak bank kini sudah ada kepercayaan akan kejayaan yang bakal dicapai oleh yang mencubanya.. kerana kini sudah terbukti pembinaan RBL ini, walau secara kecil-kecilan boelh berjaya.. hingga ada pegawai bank sendiri yang ingin mencubanya..Insha Allah!!

JOM KITA SAMA-SAMA MENCUBANYA DAN SAMA-SAMA BERDOA KEJAYAAN BUAT KITA..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments