RBL Tobiar 2, Kedah .... Milik Siapa?.

Tobiar 2... milik siapakah ia???

Tertarik dengan pembinaan RBL jirannya di kampung yang sama... beliau dengan pantasnya menyatakan hasrat untuk membina sebuah lagi RBL di kawasan yang sama... berjiran tapi tidaklah bersebelahan.. REZEKI MASING-MASING.. Di bina di kawasan lapang bersebelahan masjid dan juga kubur... ermmm.. nanti berkongsilah sebuah kehidupan di samping kematian....ermm

Pembinaan ini lebih besar sedikit dari RBL yang pertama... 20'x40'x 3 tingkat. Pembuatannya dengan bata ringan dengan beratapkan zinc.. Dengan kos yang sederhana... pembinaan tapak dimulakan dengan memasang cerucuk kayu bakau.. Tapak concrete dan tiang besi akan dimulakan dalam sehari dua lagi...

Gambar disebelah menunjukkan sample rumah yang telah dibina di Ulu Bernam dan bakal dibina di Tobiar 2..... insha Allah. Dan bakal disiapkan dalam masa yang secepat mungkin kerana Pak Din tahu..apabila seseorang telah menyatakan minat dan mengeluarkan wang yang banyak ... mereka pastinya tak sabar-sabar menanti rumah mereka siap.. Apa yang Pak Din harapkan isikan masa menanti itu dengan mencari sebanyak mungkin maklumat supaya kelak senang untuk menguruskan RBLnya kelak..


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments