Perbezaan Emas Putih Dan Merah (Sarang)?.. Awas Sarang Tiruan.

Emas merah (sarang merah) boleh didapati dik awasan pendalaman hutan/tasik/kawasan berbukit. Orang kata ianya dihasilkan oleh burung layang-layang yang permakanannya dipengaruhi kawasan dipersekitaran ???..... Khasiatnya dikatakan lebih baik ????? ...Setahu Pak Din burung-burung jenis ini semua memakan makanan seperti serangga/lebah/kekatu dari pokok-pokok yang sama. Warnanya mungkin dipengaruhi oleh keadaan persekitaran atau dinding tempat ia bersarang .
AWAS........terdapat sarang tipu yang dihasilkan oleh orang-orang tertentu yang mahu mendapat keuntungan yang berlebihan. Sengaja diwarnakan sebab dikatakan lebih berkhasiat dan harga lebih mahal. Contohnya seperti Bunga Orkid masa ditanam berwarna putih. Apabila nak dijual diwarnakan mengikut permintaan.
Emas putih (sarang putih) terdapat di kawasan kepulauan Jawa/Sumatera /Sarawak/ Sabah/Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand. Ianya kelaziman yang kebiasaanya terdapat sekarang pada rumah-rumah yang dibina khas atau diubahsuai. Harga persekitaran RM4,000 ke RM5,000 (sekilo 80-ke 110sarang/tidak dibersih)

Cara permakanan untuk kekal khasiatnya lebih jelas jika ianya dikukus sebelum dijadikan ramuan Sup campuran madu lebah atau Gingseng campuran dengan gula batu. Sarang begini lazimnya terdapat di Kalimantan /Borneo, Pulau Sulawisi. Kemungkinan di Semenanjung ianya terdapat di Tasik Kenyir/Tasik Banding/Kawasan Ampangan Takungan Air seperti di Pergau/Kelantan. Awas Sarang tiruan diubahsuai campuran kulat putih dan jeli.....setelah dibersih dan ubahsuai /warna disapu pewarna putih agar nampak lebih menarik dan cantik.

Khasiat sarang tulin Merah @ Putih biasa kita ketahui umum. Yang banyak kandungan mineral seperti Calcium, Potassium, Magnesium dan lain-lain. Bagus untuk pembinaan kekuatan tulang dan kulit. Awet muda - dan juga mengaktifkan kercergasan minda /cel-cel darah merah.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments