Pelbagai Bentuk dan Saiz RBL Dipaparkan..


Mungkin ada yang bertanya kenapa Pak Din kerap memaparkan RBL dari pelbagai tempat dan lokasi.. untuk apa??? Mungkin ada yang dah jemu membaca atau melihat RBL RBL yang Pak Din paparkan di sini.. BETUL TAK??

Sebenarnya ada tujuan tertentu KENAPA Pak Din paparkan sedemikian..

Pertamanya: Bagi teman-teman kita yang baru dan ingin mencuba menceburi bidang ini.. gambar-gambar RBL ini boleh membantu mereka memilih bentuk yang bagaimana yang mereka inginkan.. RBL yang bagaimana mampu mereka bina?? Terdapat puluhan ribu RBL di luar sana.. mana satu yang mereka inginkan?? Kerana burung tidak pernah meminta RBL yang bagiamana untuk mereka duduki..

Keduanya: Lokasi yang bagaimana yang terbaik untuk membina RBL.. Memang ada lokasi yang tertentu yang bagus untuk membina RBL.. tetapi melalui RBL yang dipaparkan.. tak kiralah di mana?? asalkan kita ada tanah..di mana jua..tak jadi masalah kerana walau tempat yang terbaik
dicadangkan.. mampukah kita memilikinya?? adakah wang yang mencukupi untuk kita beli?? atau selamatkah kawasan tersebut jika dibeli ..tentunya jauh dari tempat kita..siapa pula akan menjaganya kelak.. Pelbagai faktor menentukan pemilihan kita...

Ketiganya: Menunjukkan pelaburan dalam bidang ini pasti membawa kejayaan kalau tak sekarang mungkin di masa hadapan.. Ianya juga menunjukkan tidak rugi untuk kita

ceburi bidang ini kalau kita ada tempat dan wang simpanan. Kalaulah ianya sesuatu yang merugikan takkan ada orang yang sanggup mengeluarkan wang jutaan ringgit uantuk membina RBL RBl ini.. takkan mereka kurang cerdik?? Cuma satu yang diperlukan iaitu kesabaran.. berusaha berdoa.. dan sabar menunggu bilakah REZEKI AKAN MENJADI MILIK KITA.. Ini kerana pelaburan ini bukan didapati hasilnya dalam sekelip mata..

Keempatnya: Menunjukkan kepada semua bahawa kesabaran akan ada hasilnya.. hanya cepat atau lambat ajer hasilnya... Ianya pelaburan untuk cucu cicit kita hingga kebeberapa generasi akan datang "as long as RBl kita masih berdiri teguh" selagi itu hasilnya dapat kita kutip..

Kelimanya: Memberikan peluang untuk kita memilih "business"yang mana satu perlu kita pilih??? membina rumah burung, membela ikan keli, membela cacing, ikan kelisa, membela lembu/kambiang atau apa??? fikir-fikirkan lah mana yang terbaik untuk kita..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN

ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments