Operasi Di hari Malam ....Batu Kurau 95% hampir siap

Alhamdullilah... semalam Pak Din pulang dari Kuala Lumpur setelah bercuti selama 2 hari. Dalam perjalanan pulang Pak Din singgah di tapak pembinaan RBL Batu Kurau, milik teman kita dari Shah Alam.. Dah hampir siap dalaman dan luarannya. Di luarnya chat perlu sedikit lagi touch upnya. Sementara di dalam hanya perlukan pemasangan papan pembiakan dan peralatan sound sistemnya.. Insha Allah dalam minggu ini ianya bolehlah beroperasi.. tetapi letriknya mungkin mengambil masa sedikit untuk disambungkan. Sistem bunyi disini akan dipasang dengan SSs, dengan peralatannya sudah pun dibeli dan di'test"...

Walaubagaimana pun Pak Din akan usahakan supaya bunyi boleh dimainkan untuk sementara menggunakan bateri..Insha Allah! Kalau mengikut perkembangan setiap harinya di sini sudah ada populasi burung yang hari-hari datang berkunjung dan mencari makan di sini.. Marilah sama-sama kit berdoa..usaha kita di sini membuahkan hasil yang kita harapkan..

Mengikut rekod Pak Din pembinaan RBL ini telah dimulakan pada pertengahan puasa dulu..bermakna sebulan lebih sedikit untuk pembinaan rumah ini.. ALHAMDULLILAH tiada masalah besar dalam pembinaannya. Semalam pekerja Pak Din sudah berpindah balik ke "base" kerana esok akan dihantar ketempat baru... Mungkin di Teroi, Pendang atau di Kuantan, Pahang... bergantung kepada siapa yang LEBIH CEPAT!

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments