Musim Tengkujuh--- Musin Burung Membiak .Kenapa?

Banjir.....hujan...air naik...keluhan pada kita?...rezeki pada usahawan RBL.


Begitulah kejadian alam.. setiap yang terjadi memberi menafaat pada yang satu dan membawa musibah pada yang lain.. Minggu lepas Pak Din dalam perjalanan ke tapak RBL Batu Kurau.. hujan lebat sekali.. hingga jalan masuk yang biasa Pak Din lalui telah dinaiki air..banjir.. Pak Din terpaksa melalui jalan jauh...Kemunting. Apa nak buat..

Sesampai di tapak RBl...urghh... banyaknya burung berterbangan mencari makan.. Kebiasaannya dihari hujan banyak serangga berterbangan di udara.. walaupun hujan lebat membasahi apa jua di laluannya..tetapi burung layang-layang ini tetap aktif menyambar..bagaikan tak ada masa untuk mereka berhenti.. mungkin bulunya yang tebal mengelakkan mereka dari dibasahi hujan lebat.. sayap yang panjang dan tirus seperti dapat terbang dicelah-celah hujan yang turun..

Kebiasaannya kelkatu akan terbang keluar dari sarang (busutnya) untuk mencari rumah baru.. untuk membuka koloni yang baru.. ermmm itulah sebabnya burung jga aktif menangkap kelkatu kerana jika mereka menunggu hujan berhenti..alamat tak dapat makananlah mereka ketika itu kerana kelkatu hanya terbang buat seketika apabila sayap mereka tertanggal mereka hanya berupaya merayap di atas permukaan.. apa jua yang dapat.. dan burung-burung ini terlepas peluang untuk menangkap mereka di udara.

Anda tahu kenapa?? kerana tabiat mereka mencari makanan di udara ketika terbang kerana jika mereka berada di atas apaapa permukaan mereka tak dapat terbang semula.. kecuali kita bantu mereka.. dengan melambung keudara.. begitulah tabiat dan kejadian mereka.. Hanya ALLAH YANG TAHU MENGAPA DIPERBUATKAN DEMIKIAN..

Begitulah...disebabkan inilah pembiakan burung-burung ini rancak di musim hujan kerana makanan yang banyak untuk mereka membesarkan anak-anak yang bakal menetas.. tak perlu terbang jauh untuk dapatkan makanan.. suasana sejuk juga amat menyeronokkan bagi rumah-rumah yang sedikit panas..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments