Mendekati Rekabentuk RBL Pasang Siap- Struktur Besi


Wahhh..cantik dan kemas sekali pembinaannya...struktur besi pasang siap. Simpang Empat Kangkung, Kedah satu ketika menampakkan satu kompleks kedai yang dibina menyerupai sebuah TESCO.. tetapi tidak menjadi kerana apabila diselidiki secara rambang.. tidak menguntungkan., Untuk dijadikan kilang juga kurang menarik..

Akhirnya pemiliknya bertukar arah dari menjadikannya sebuah pusat perniagaan ianya ditukar menjadi hotel burung layang-layang gua.. bangunan ditukar bentuk menjadi compleks layang-layang gua yang canggih..bukan seperti RBL yang kebiasaannya muram dan gelap..tetapi lebih canggih dan menarik..

Di"renovate" dengan bata ringan dan di plaster kemas dan lebih dari 90% bangunan bertukar wajah...

Pindaan dibuat di bahagian atas dahulu dengan perancangan membesarkannya ketingkat bawah apabila diperlukan. Beginilah keadaannya di merata-merata di Semenanjung Malaysia.. apabila ekonomi yang dikatakan sudah membangun tetapi realitinya masih lembap..masing-masing pemilik bangunan bertukar arah menjadikan bangunan-bangunan besar hotel burung.. sesuatu yang diharapkan akan berjaya menarik banyak penghunainya di satu hari nanti..

Suatu pelaburan yang pastinya berjaya kalau tidak hari ini..pastinya di satu hari kelak..tidak kiralah bila.. Apakah mungkin pada suatu hari..pekan-pekan disekitar Alor Setar.. sebuah bandaraya akan didiami oleh banyak burung layang-layang berbanding dengan manusia?? Hotel-hotel burung lebih banyak dengan kicauan bunyi mereka berbanding dengan hiruk pikuk manusia?? ITU SATU KEMUNGKINAN KAN???

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments