Kambing Ooo Kambing..


Semalam Pak Din dikejutkan dengan panggilan dari seorang teman baru dari Pulau Pinang. Pak Din dalam perjalanan ke Bandar Baru untuk melihat RBL yang dibina dua bulan yang lepas.. Dilapurkan tidak berbunyi lagi....entah apa gerangan sebabnya..


Dalam perjalanan Pak Din di "ambush" oleh teman baru tersebut sebaik sahaja Pak Din keluar dari tol ke Bandar Baru... Pak Din dibawa melawat tapak pembinaan yang dicadangkannya oleh teman baru itu yang datang bersama anak isteri beliau..

Pak Din dibawa ke RELAU.. melawat rumah kambing beliau.. katanya ingin mengubahsuai rumah kambing ini menjadi sebuah RBL yang berjaya... pada Pak Din tak menjadi masalah... keluarkan sedikit wang... erm akan bertukar wajahlah rumah kambing ini...

Di mana ada keinginan.. di situ ada usaha..insha Allah Pak Din sedia membantu...cuma satu yang Pak Din pinta... jika ada keinginan untuk menceburi bidang ini..berusahalah untuk mempelajari siluk belok business ini.. bukan setakat mahu tahu macam mana nak jual kelak tetapi.. tentang bagaimana nak menguruskannya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya..

Apa yang penting kita perlu faham bukan semua RBL akan dimasuki oleh burung dalam masa yang singkat...KESEMUANYA BERGANTUNG KEPADA REZEKI KITA!! JIKA USAHA SUDAH ADA... NIAT KITA BERSIH... HATI KITA IKHLAS.. DOA KITA PERLU MENGIRINYA USAHA SETIAP HARI.. JANGAN HANYA MENGHARAP KEPADA "KONSULTANT" MEMBUAT SEGALANYA.... kerana rezeki RBL kita terletak antara kita dan Allah Taala.. BUKAN PADA PAK DIN>>

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments