Industri Sarang Burung Telah Bermula sejak 100 Tahun dulu Di Malaysia..

ARKIB : 25/09/2010: Utusan Malaysia

SFC laksana projek urus sarang burung


Pintu utama keluar dan masuk burung layang-layang ke Gua Niah.


BATU NIAH 24 Sept. - Kegiatan mengambil sarang burung dalam gua secara komersial telah dijalankan di negara ini sejak 100 tahun dahulu. Kebanyakkan kita percaya industri ini bermula di Indonesiakan?? Rupanya mungkin kita yang mula dulu??

Kajian menunjukkan pengeluaran sarang burung pertama berlaku di Taman Negara Niah (TNN) iaitu pada tahun 1878.

Bermula tarikh itu sehingga kini, Sarawak merupakan salah sebuah negeri pengeluar utama sarang burung terbaik di dunia yang diperoleh daripada air liur burung layang-layang.

Bagi kaum Cina, mengamalkan makan sarang burung dapat membantu mengurangkan ketegangan pada tubuh badan serta membantu daya tahan melawan pelbagai jenis penyakit.

Bagaimanapun proses penghasilannya merupakan satu kerja rumit terutama membabitkan kerja pembersihan bulu burung yang mengambil masa agak lama (Di sini tidak banyak burung Layang-layang Gua.. mungkin sedikit sahaja)

Terdapat tiga spesies burung layang-layang di TNN iaitu Black-nest Swiflet (Aerodramus Maximus), Mossy-nest swiflets (A. Salanganus) dan Glossy swiftlets (Collocalia Esculenta).

Hanya Black-nest Swiflets mempunyai nilai komersial yang menghasilkan sarang burung paling berharga.

Pada tahun 1994 misalnya, harga sarang burung segar warna putih bagi Gred A mencecah RM5,000 hingga RM7,000 sekilogram.

(yang telah dibersihkan)

Pada masa kini, harganya mencecah RM1,800 hingga RM4,000 sekilogram bergantung kepada kualiti dan permintaan.

Penjualan sarang burung yang mencecah jutaan ringgit setiap tahun telah menyumbang kepada pendapatan utama penduduk tempatan di sekitar Batu Niah.

Ini ditambah dengan permintaan tinggi dari Singapura, Jepun dan China.

Saban tahun produk itu menyumbang keuntungan berjuta ringgit kepada kerajaan Sarawak.

Pendapatan lumayan hasil penjualan sarang burung itu menyebabkan kegiatan memungut sarang burung di TNN semakin berleluasa.

Kegiatan memungut sarang burung yang tidak terkawal sejak sepuluh dekad lalu telah mengurangkan secara mendadak populasi burung layang-layang di TNN.

Dianggarkan sehingga kini, jumlah burung layang-layang di TNN hanya 70,000 ekor berbanding 1.7 juta ekor pada sepuluh dekad lalu.

(sayangkan?? populasi yang satu masa dulu jutaan ekor..tetapi kerana sifat tamak dan haloba manusia..populasinya kini cuma tinggal sekitar 70,000 sahaja..)

Warden TNN, Haidar Ali berkata, dua faktor utama yang dikenal pasti menyebabkan penurunan mendadak populasi itu ialah permintaan tinggi dan kegiatan mengumpul sarang burung secara berlebihan.

(Jadi hati-hati bagi RBL kita.. jika burung kita sudah mula bersarang..jangan terlalu ghairah untuk mencuba mengambil sarangnya..kerana mereka mungkin merajuk dan keluar darirumah kita dan berpindah ketempat lain... Itulah sebabnya Pak Din sarankan supaya srang-sarang burung ini jangan diusik sehingga setahu/dua tahun... bergantung kepada jumlah sarang yang ada di dalam rumah kita).. KESABARAN SSESUATU YANG PERLU DALAM MENCAPAI KEJAYAAN)

Katanya, kegiatan itu sebelumnya dikawal kerajaan Sarawak melalui Pengarah (Kurator) Muzium Sarawak sebelum diambil alih oleh Jabatan Perhutanan Sarawak pada 1995.

Kemudian pada 2003, Sarawak Forestry Corporation (SFC) melalui Unit Perlindungan Biodiversiti dan Kawasan Lindungan (PABC) mengambil alih tugas itu.

Kegiatan mengumpul sarang burung itu turut mengundang masalah lain antaranya pertikaian dan perebutan kawasan sarang burung oleh pelesen dan komuniti tempatan.

Selain kegiatan menceroboh dan mencuri sarang burung, berlaku juga kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), lukisan grafiti pada dinding gua, berlaku kemusnahan dan pembuangan sampah yang menjejaskan populasi burung tersebut.

Masalah itu bukan sahaja mengganggu ekologi hidupan liar dalam TNN malah menjejaskan nilai estetiknya sebagai tapak arkeologi peradaban manusia zaman dahulu.

Menyedari impak kegiatan itu terhadap populasi burung layang-layang dalam tempoh jangka panjang, SFC telah melaksanakan projek Pengurusan Mapan Sarang Burung Layang-Layang atau Sustainable Management of Black-nest Swiflets.

Objektif utama SFC ialah meningkatkan populasi burung layang-layang tanpa menjejaskan produktiviti pengeluaran sarang burung.

Pada masa sama mendidik komuniti tempatan untuk bekerjasama dengan kerajaan melindungi spesies berkenaan daripada pupus.

Haidar berkata, bagi memastikan projek itu berjalan lancar, ia dilaksanakan secara berperingkat iaitu Fasa I melibatkan Great Cave dan Fasa II di sekitar wilayah Subis.

Ia membabitkan aspek pelesenan, penjaga gua dan pencari sarang serta peniaga yang terdiri daripada etnik Penan Muslim, Iban dan Cina.

"Di bawah pengurusan baru ini, Gua Niah akan 'direhatkan' daripada kegiatan memungut sarang burung selama empat bulan atau 120 hari setiap tahun bersamaan dengan satu kitaran," katanya.

Ini termasuk membuat sarang (30 hari), pengeraman (25) dan antara 45 hingga 49 hari untuk anak burung tersebut membesar sehingga boleh terbang meninggalkan sarang.

"Seekor burung layang-layang lazimnya bertelur satu biji pada setiap kitaran," jelasnya.

Menurutnya, penutupan pertama diperkenalkan pada Januari hingga April (2002) diikuti Februari hingga Mei (2003), April hingga Julai (2004). Mulai 2005 hingga sekarang, Gua Niah ditutup setiap April hingga Ogos.

Katanya, sejak peraturan tersebut dilancarkan sembilan tahun lalu, populasi burung layang-layang di TNN kini meningkat lebih 30 peratus.

"Jika sebelumnya kita didedahkan dengan penurunan mendadak sebanyak 88 hingga 96 peratus, namun perkembangan ini memberi semangat kepada SFC untuk terus meningkatkan populasi spesies tersebut.

"Selain itu, masalah antara pelesen dan komuniti tempatan berjaya diselesaikan manakala kegiatan menceroboh dan mencuri sarang burung dapat diminimumkan manakala kemasukan PATI dan judi dapat dibendung sepenuhnya," katanya.

Jelas beliau, langkah itu juga memudahkan pihak pengurusan TNN membersihkan sampah-sarap dan lukisan grafiti sejajar dengan usaha SFC untuk memastikan ekologi dan nilai estetik gua itu terus terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.

Bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran TNN, SFC turut bekerjasama dengan komuniti tempatan terutama pemegang lesen dan pemungut sarang burung serta peniaga sarang burung.

Pelan pengurusan bersama itu dipraktikkan sekitar gua dengan istilah Lubang Perintah termasuk menyediakan kemudahan baru untuk keselesaan pemungut dan penjaga sarang burung.

"Misalnya di gua, kita mendirikan tangga menggunakan kayu belian hasil keuntungan yang dikutip melalui penjualan sarang burung.

"Selain itu alat penjolok yang menggunakan buluh diganti dengan bahan logam yang lebih tahan dan kukuh," katanya.

Tempat tinggal penjaga dan penjolok sarang burung turut dinaik taraf dan dilengkapi dengan tandas.

Selain Lubang Perintah, pengurusan bersama turut dilaksanakan di Lubang Lelong dan Lubang Iman.

Di samping itu, SFC menumpukan pengurusan bersama di gua kecil yang terletak bertaburan di sepanjang kawasan Subis, antaranya di kawasan Penguma.

"Pelaksanaan pengurusan bersama itu akan memberi manfaat kepada penduduk tempatan dalam jangka masa panjang," katanya.

Pada masa sama, usaha SFC itu, katanya, dilihat amat signifikan dalam usaha mengekalkan tarikan kawasan pelancongan dan kepelbagaian bio di TNN.

"Tanpa kesedaran untuk memeliharanya, sudah pasti sumber penting ini akan terjejas," kata Haidar.

Justeru, katanya, sokongan komuniti tempatan amat penting bagi memastikan perlaksanaan pengurusan baru itu berjaya mencapai sasarannya.

Bagi mencapai tujuan itu, katanya, SFC turut mengadakan penyelidikan bersama dengan agensi sektor kerajaan dan swasta termasuk institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

"Gua Niah ini boleh disifatkan sebagai bank kepada pengusaha sarang burung di sini.

"Melalui pengurusan mapan dan kerjasama penduduk tempatan, pengeluaran sarang burung dapat ditingkatkan tanpa menjejaskan populasi dan ekologi gua itu sendiri," katanya.


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments