Imgin Mempercepatkan Populasi Rumah Burung Anda???

Isteri Pak Din pernah menjalankan program pembiakan burung di Pusat Pembiakan burungnya di satu masa dulu.. Mengikut pengalaman beliau..populasi burung dalam kurungan boleh di tingkatkan dengan cepat melalui pembiakan yang dibantu dengan "artificial Incubation". Ingin mencuba?? tidak sesenang yang dipikirkan.. TLC (tender loving care) adalah diperlukan dan tiada gerenti burung yang dipelihara dan dibesarkan akan terus tinggal dirumah kita..

Kini terdapat beberapa individu atau syarikat yang mencuba menjalankan usaha-usaha ini. Tetapi apa yang dibuat ialah mengurungkan semua burung yang dibiakkan supaya burung-burung ini tidak terbang dan memasuki rumah orang lain..Perbuatan ini mungkin menyebabkan burung-burung yang dibiak menukar tabiat semulajadinya daripada menjalankan segala aktivitinya semasa terbang kepada makan, minum dan lain-lainnya secara hinggap di sesuatu permukaan..

Mungkinkah suatu hari mereka juga tidak lagi pandai mengawan secara semula jadi di udara? bolehkah otot-otot mereka membentuk seperti semula jadi..yang boleh terbang sepanjang hari di udara jika terpaksa?? atau bolehkah mereka belajar membuat sarang sendiri dengan air liur mereka? JAWAPANNYA HANYA PEMBIAK ITU SENDIRI SAHAJA YANG TAHU!!

Bagaimana kalau kita juga membuat perkara yang sama??? tetapi kita biarkan mereka memilih untuk tinggal di rumah kita atau keluar mencari rumah lain?? kalau rezeki kita ada..pasti mereka akan kembali kerumah kita dan membawa pasangan dari rumah lain untuk masuk ke rumah kita?? Pak Din rasa jika kita berniat ikhlas membantu mereka membiak dengan lebih cepat...nescaya kita akan mendapat pulangannya..

Telor burung yang kita ambil dari sarangnya dan ditetaskan menggunakan inkubator.. akan digantikan dengan telor yang baru kerana tabaiat burung jika telornya hilang atau rosak. mereka akan berusaha bertelor lagi..sehingga sampai di satu peringkat...ia berhasil membesarkan anak-anak mereka..

Jadi jika kita tetaskan telor-telor mereka ... katakan untuk 3-4 kali bertelor dan telor yang ke empat-lima diberikan mereka tetaskan sendiri.. maka dalam satu musim kita akan mendapat 4-5 pasang anak dan jika rezeki adalah milik kita..semusim dan daripada sepasang burung kita sudah dapat 5 pasang anak.. yang jika kesemuanya tinggal dirumah kita dan mencari pasangan dari rumah lain.. kita sudah dapat mengandakan 5 kali populasinya..dan idealnya jika kita berjaya kita sudah dapat 10 biji sarang dalam musim berikutnya...

Ermmm. kalau kita berjaya.. tentu lebih cepat rumah kita dipenuhi burungkan? Angan-angan boleh jadi kenyataan kan?? Berkat usaha dan doa...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments