Idaman Setiap Usahawan Kecil ...Rumah Usang Pun beri Hasil.. Rezeki Dari Yang Maha Esa

Baginilah idaman setiap usahwan RBL yang mengharapkan rumah-rumah mereka didiami burung secepat mungkin. Pada Pak Din keadaan ini adalah satu situasi di mana rezeki tidak mengenal siapa dan kita perlulah berdoa dan ingat yang ini semua dari yang Maha Esa dan bersyukur. 3 buah RBL ini telah berusia dan beroperasi secara manual/tidak secanggih rumah2 sekarang dalam keadaan lokasi yang berhampiran 5km radius. Pic 1 (atas) menunjukan RBL ini hampir penuh didiami burung. Pic 2 di mana situasi burung sedang dalam berusaha membuat sarang dan ada dalam proses pembiakan. Kesabaran dan berusaha perlu ada jelas menunjukan bahawa tuhan telah menganugerahkan rezeki tidak mengenal usia dan kedudukan.


Pic 3. (Asal Bangunan Peninggalan Aruah Bapak Mertuaku)RBL ini sudah terlalu usang tetapi...ermmm YANG USANG TAK SEMESTINYA TAK BERNILAI.... LIHAT sahajalah rumah ini dilihat dari lantainya sudah seakan mengalami reput/kebocoran bumbung dan lantai ditingkat bawah. RBL 2 tingkat.....burung suka tkt bawah kerana sejuk. emm..... hasil sarang burungnya ermmmm cukuplah banyak berjasa untuk keluarga ini.

Jika Akak tiada duit akak kutip 2 ke 5 sarang dan jual dikedai ubat Cina berdekatan Parit Buntar. Hasilnya kami dapat makan sekeluarga ..dan membuat sedikit tabungan .Adajuga orang luar datang beli dan meminta sedikit untuk buat ubat ....Kata Kak Ani...beliau.adalah isteri kepada tukang kayu yang mengambil upah membuat rumah-rumah kampong secara kecilan. Kehadiran Pakdin secara kebetulan setelah nampak banyak burung berkeliaran selepas hujan. Pic 1 & 2 terpaksa dirahsiakan kerana atas permintaan keluarga usahawan/anak-anak. Cukup untuk koleksi dan pengentahuan umum. Atas permintaan pengunjung blog ini meminta Pak Din meminta paparkan kejayaan usahawan -usahawan kecilan. Kami tak mahu tengok kejayaan rumah mewah. Kata En.Ali .....

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments