Di mana Garis Panduannya???

ARKIB : 22/12/2009

Garis panduan ternak burung walit ke Kabinet awal 2010

22/12/2009 7:24pm

SERDANG 22 Dis. — Garis panduan seragam penternakan burung walit dijangka dibentangkan ke Kabinet awal tahun depan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, garis panduan yang disediakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), agensi di bawah kementeriannya, kini telah siap dan menunggu masa sesuai untuk dibentangkan ke Kabinet.

"Kita sedang menunggu maklum balas daripada kementerian lain yang terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Usahawan Tani Muda Jaya di Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia Serdang di sini petang ini. - Bernama

SUDAH HAMPIR SETAHUN (8-9 bulan) BERLALU.. DI MANA AGAKNYA GARIS PANDUAN TERSEBUT?? BELUM NAMPAK DI MANA-MANA YANG KITA BOLEH TENGOK DAN KOMENKAN?? TAKKAN APA YANG AKAN DI SURUH KITA IKUT TAK DIBERI UNTUK KITA KOMEN DULU KAN?? NANTI APA YANG DISURUH KITA IKUT TAK MEMBUATKAN RUMAH KITA MENEMUI KEJAYAAN...APAKAH KITA KENA IKUT JUGAK??? BUKAN MEREKA YANG BERWAJIB YANG AKAN MEMBAYAR HUTANG KITA .. BETUL TAK??
HARAPAN PAK DIN.. BERILAH PELUANG PADA KITA USAHAWAN YANG BARU NQAK BERJINAK2 DENGAN INDUSTRI INI PELUANG UNTUK KOMEN JUGA.. KUT-KUT PANDANGAN KITA BOLEH DIGUNAPAKAAI UNTUK SEMUA....

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments