Berebut Mencari Makan Beberapa Insan Ciptaan Allah.

Kawasan sawah padi ini menjadi tempat mencari makan bukan sahaja puluhan ekor burung bangau tetapi juga pucung kancing baju dan pucung keladi serta layang-layang gua. Masing-masing mencuba nasib mendapatkan "sesuap" makanan untuk diri sendiri atau untuk anak-anak disarang.. Bukan itu sahaja manusia juga mencuba nasib mencari ikan bersama-sama dengan pemilik trektor mencari upah untuk membajak sawah...
Masing-masing punya habuan masing-masing apabila berusaha mendapatkannya dari bumi ALLAH ini.. Terpegun Pak Din melihat begitu banyak sekali burung layang-layang disini mencari serangga yang berterbangan di udara apabila tanah dibajak dan gangguan burung bangau "mengodek" lumpur mencari ikan.. Begitulah resam dunia..tanpa disedari aksi kita membantu yang lain mendapatkan makanan.. walau tanpa niat membantu.. REZEKI MASING-MASING ADA DI MANA-MANA..YANG PENTING USAHA..


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments