Apa Dah Jadi????

Petikan Utusan Malaysia....

Lebih 200 burung, ayam mati secara misteri


TUTINI Paiman menunjukkan dua ekor ayam peliharaannya yang mati tanpa diketahui puncanya di Kampung Parit Medan dekat Kundang Hulu, Ledang, Johor, kelmarin. - utusan/Ishak Rahmad


LEDANG 19 Okt. - Lebih 200 ekor burung layang-layang serta berpuluh-puluh ekor ayam dikesan mati secara misteri di Kampung Parit Medan, Kundang Hulu sejak Isnin lalu.

Fenomena tersebut pada mulanya disangka biasa oleh penduduk kampung namun dengan jumlah kematian unggas bertambah dari sehari ke sehari, ia telah menimbulkan kebimbangan.

Seorang penduduk, Norodin Badri, 51, memberitahu, dia mula menyedari kematian burung layang-layang di sekitar kampungnya itu pada Isnin minggu lalu apabila melihat beratus-ratus bangkai haiwan tersebut.

"Memang banyak bangkai burung yang berselerak dan kira-kira 30 hingga 40 ekor di sekitar laman masjid, taman permainan serta tepi-tepi jalan di Kampung Parit Medan.

"Apa yang kita lihat, bangkai-bangkai burung ini berlonggok di bawah talian elektrik dan itu membuat kita menyangka ianya terkena renjatan elektrik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua bangkai burung itu telah ditanam penduduk kampung atau menjadi makanan kucing.

Bagaimanapun, kata Norodin, penduduk kampung semakin tertanya-tanya apabila kematian haiwan di kampung itu tidak hanya melibatkan burung layang-layang malah turut melibatkan ayam ternakan.

"Sehingga kini, saya telah bertemu dengan dua orang kawan dan masing-masing memberitahu yang kira-kira 20 ekor ayam mereka telah mati sejak Selasa minggu lalu," katanya.

Menurut seorang lagi penduduk, Tutini Paiman, 44, dia sendiri tidak faham bagaimana 20 ekor ayam miliknya mati secara misteri serentak dengan kematian burung layang-layang di kampungnya itu.

"Semalam sahaja, lima ekor ayam saya telah mati, memang tidak sempat nak sembelih sebab sebelum itu, ayam-ayam saya itu pening-pening lalat di sekitar rumah," katanya.

Katanya, dia berharap kejadian tersebut tidak membawa keadaan yang tidak diingini kerana kali terakhir ayam-ayamnya terkena penyakit sampar adalah dua tahun yang lalu.

Sementara itu, menurut Pegawai Perkhidmatan Veterinar daerah Ledang, Pauzan Kasni, pihaknya telah menerima laporan mengenai fenomena kematian beratus burung layang-layang itu minggu lalu dan siasatan sedang dilakukan bagi mengenai pasti punca kejadian.

"Begitupun, maklumat mengenai kematian ayam ini kami baru terima dan sepasukan pegawai veterinar dari Nusajaya akan datang esok bagi memeriksa sampel bangkai binatang ini dan kaitannya dengan kematian burung layang-layang," katanya.

Layang-layang apakah yang menjadi mangsa itu???? layang-layang gua yang sibuk-sibuk kita pelihara??? ataukah layang-layang lain?? Kematiannya agak ganjil...jika layang-layang gua..kenapa kematiannya terkumpul di bawah talian letrik?? Apakah mereka dengan tak semena-mena di serang penyakit?? dan kesemuanya mati di situ?/ PELIK BIN AJAIB!!! ATAUKAH IANYA BURUNG DARI SPESIES LAIN??? TAK TAHULAH PAK DIN..BIARLAH PIHAK BERWAJIB YANG MENYELIDIKINYA..

CUMA Pak Din terfikir .... dengan segala program penternakan yang diwar-warkan amat bagus dalam mempercepatkan pembiakan burng layang-layang gua..dimana burung-burung ini dikurung secara kejam sekali...cuma untuk memastikan burung-burung ini tidak berpindah ke rumah lain..APAKAH MEREKA tidak didedahkan kepada pelbagai jenis penyakit yang boleh di bawa oleh manusia?? dan perkara yang sama ini tidak terjadi di kemudian hari??

Apakah ada kemungkinan di satu hari sarang-sarang burung yang dihasilkan...jika mereka mampu berbuat demikian..boleh terdedah kepada penyakit sampar ayam atau H1N1.. apa kan jadi pada business yang kita ceburi ini??

Kenapa tiada yang terfikir akan perkara-perkara ini..dan kemungkinan-kemungkinannya??? jika peternakan layang-layang gua dibiarkan berleluasa.. APAKAN JADI??? FIKIRKANLAH WAHAI YANG BERKUASA DAN YANG MENENTUKAN??? KENAPA TIDAK KEJADIAN YANG DITENTUKAN ALLAH TAALA DI BIARKAN BEGITU..SIAPALAH KITA UNTUK MENGUBAHNYA...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments