Aduan Ganggaun Burung Layang-layang di Kuala Langat, Selangor..

Ada sesiapa menonton TV1 jam 9.00 malam malam tadi???Mungkin ada pengajaran yang boleh di dapati dari rancangan TV semalam??

Apa yang Pak Din dapati ialah di Kuala Langat semalam, burung begitu banyak sekali keluar masuk kerumah yang digambarkan.. Cuma pada Pak Din, jika begitu banyak burung sudah mendiami rumah kita..kenapa mesti kita memainkan suara burung dengan begitu kuat sekali?? Populasi burung yang telah ada sudah cukup untuk burung di rumah kita berkembang seterusnya.. kenapa mesti menyusahkan jiran kita dengan bunyi yang begitu membingitkan??? Sepatutnya kita lebih perihatin kepada jiran-jiran. Burung sudah tahu kemana perlu balik apabila hari senja.. Bunyi sudah tidak perlu lagi dimainkan..

Keduanya burung menggunakan daya ekolokasi..bukan bunyi yang kuat.. jadi suara yang pelahan sudah cukup untuk memanggil burung masuk kerumah kita.. tak perlu bunyi kuat2. Jika perlu kenapa tidak kita gunakan "silencer" untuk mengelakkan bunyi bising.. Pak Din pernah gunakan "silencer" ini di kawasan perumahan.. jiran sebelah tertanya-tanya kenapa burung datang dengan banyaknya di rumah jiran walau bunyi panggilan tidak kedengaran..

Ketiganya rumah burung jiran mereka juga berbau busuk... ermmm kenapa dibiarkan demikian?? sedangkan bagi mendapatkan sarang yang berkualiti tinggi.. bau busuk perlu dihindari kerana bau yang busuk boleh memberi kesan kepada sarang yang dihasilkan.. dan jika RBL kita berhampiran juga dengan rumah kita..mungkin akan memberi kesan juga kepada kita.. dan keluarga kita.. jadi lebih baik kita jaga kebersihan rumah kitakan?? jiran tak marah ... kita pun sihatkan??

Pak Din juga tengok.. bila ada aduan.. tiada yang mahu bertanggungjawab menyelesaikannya.. kenapa ya?? dulu ada dengar ada jabatan yang beria-ia ingin menjadi peneraju dalam bidang ini??? kenapa perlu berdolak dalik tentang siapa yang perlu ambil tindakan?? Begitu jugalah dalam TV semalam.. tiada yang mahu membantu pengadu...ishh..ishh..ishh.

Tapi untuk teman-teman..jagalah RBL kita supaya tiada yang merasa tak puas hati.. dan akibat adanya PHD..dikalangan jiran-jiran.. ada pula yang menggunakan ILMU HALUS untuk balas dendam... HATI-HATILAH..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments