Sabarlah POK CIK DAN MOK CIK....

Kita merancang... Allah yang menentukan..

Bagi pemilik rumah BURUNG yang baru beroperasi.. Pak Din mohon bersabarlah.. tidak ada rumah burung yang sebaik sahaja siap dan bunyinya dimainkan... burung terus masuk dan tidur di dalamnya.. kecuali sesuatu keajaiban berlaku...CONTOHNYA
1. hanya rumah kita yang ada di sesuatu kawasan yang punya banyak makanan bagi burung-burung ini.
2. Rumah kita terletak ditengah-tengah laluan burung keluar mencari makanan: lebih dekat dari jika meReka mahu pulang ke rumah mereka..
3. Sesuatu terjadi kepada rumah meReka seperti kebakaran, lain-lain gangguan.. mungkin mereka akan berpindah ke rumah kita..(tiada rumah lain yang berdekatan)
4.Jika itu kehendak Yang Maha Esa... "Kun Fa Ya Kun"

dan lain-lain lagi..

Jadi bersabarlah sambil menunggu rumah anda di masuki burung dan untuk mereka tidur di dalamnya..PERBANYAKKAN BERDOA.. PAK DIN nasihatkan janganlah terlalu ghairah untuk membuat perubahan apabila dalam sebulan DUA burung belum bersedia untuk tidur di dalamnya..Ramai yang ingin melihat RBL kita tidak berjaya terutama dari orang yang punya rumah berhampiran rumah kita.. mungkin mereka ada niat tertentu.. SPT BURUNG TIDAK TIDUR DI RUMAH KITA ATAU BURUNGNYA TIDAK BERPINDAH KE RUMAH KITA..

BERHATI-HATI DALAM MENERIMA DAN MENGIKUT NASIHAT ORANG..Cuma satu yang perlu kita buat.. jika rumah kita sudah dimasuki burung..tetapi setelah sekian lama..masih juga mereka tak mahu tidur di dalamnya..maka cubalah buat pengurusan sendiri.. perhatikan mungkin ada sebab-sebab yang membuatkan mereka takut untuk tinggal di dalamnya..

CUBALAH FAHAMI TABIAT BURUNG TERLEBIH DAHULU SUPAYA KITA TAHU APA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA SESUATU TERJADI KEPADA RUMAH KITA..INGATLAH KITA JANGAN TERLALU KERAP MEMINDA ATAU MENGUBAH-SUAI KEADAAN DALAMAN RUMAH KITA KERANA ITU AKAN MENGGANGGU BURUNG-BURUNG YANG BARU NAK BERJINAK-JINAK DENGAN RUMAH KITA..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments