Rumah Mewah di Cerok Tok Kun, Butterworth

RBL 3 tingkat ini terletak di Charuk TOk Kun, Butterworth.. pemiliknya??? pastinya Pengusaha Cina. Rumah yang begitu mewah dengan setiap tingkat punya ketinggian kira-kira 15 kaki.. Dengan 2 pintu masuk yang menghala ke arah yang sama... tak pasti Pak Din kenapa?? Mungkin terdapat sasaran tertentu populasi burung yang ingin dipanggil??

Terletak di tengah kawasan sawah padi yang terbentang luas.. dan speaker yang ditinggikan untuk panggilan jarak jauh.. tentunya dapat menarik burung-burung yang ada di sekelilingnya tanpa halangan..
Jika rumah ini kepunyaan Pak Din, tentunya keluasan tempat pembiakan dapat ditingkatkan dengan membina lebih banyak tingkat di dalamnya..tentu rugikan?? jika hanya 3 tingkat saja yang disediakan untuk burung bersarang. Kalaulah ianya dibuat dengan ketinggian dalaman hanya 7' setiap satunya...ermmm tentu lebih banyak burung yang boleh tinggal didalamnya.. tetapi dengan syarat ruangan legar di dalamnya disediakan dengan lebih luas..Kenapa tidak dijadikan ianya 6 tingkat di dalamnya??

Perancangan yang lebih teliti diperlukan sebelum ianya dibangunkan supaya kita tidak kerugian ruangan.. dan budget.. Sesetengah orang mengatakan burung-burung ini perlukan ruangan yang luas dan tinggi untuk berlegar sebelum memasuki kawasan pembiakannya.. Mungkin benar..dan mungkin juga tidak..kerana tiada siapa yang tahu apa yang mereka mahukan.. tetapi bagi kita jika terlalu tinggi..susah untuk kita membuat "management" sarang dan susah untuk kita mengutipnya kelak.. Tetapi yang penting kita jangan hanya jadi ikut-ikutan ajer..kajilah sendiri keperluan burung-burung ini di rumah RBL anda..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments