Perkongsian 1 Malaysia??


RBL ini milik perkongsian 1 Malaysia (Melayu/Cina atau Cina/Melayu).. RBL dibina di atas batu/bata sebagai tiangnya dibuat lebih tinggi daripada pokok-pokok jambu di sekelilingnya.. RBLnya menggunakan kontainer dan terletak di dalam kebun jambu di Gurun, Kedah.. Kontainer ini mulanya sebuah office sementara bagi projek jambu mereka..

Satu idea yang baik bagi menjimatkan kawasan/tanah. Di sekelilingnya masih ditanam dengan pokok-pokok jambu yang boleh menyediakan makanan kepada pelbagai spesies serangga yang juga menjadi makanan kepada burung layang-layang ini.

Satu pelaburan yang murah tetapi mahal di segi maintenance kerana dalaman sebuah kontainer yang terletak di tengah kawasan lapang pastinya menjadikan suhunya amat panas sekali. Seorang kawan Pak Din yang membina RBLnya dengan kontainer memerlukan wang yang banyak bagi menyejukkannya.. Burung mungkin masuk dan bersarang tetapi kesihan si burung kerana susah bagi mereka membina sarang kerana air liurnya cepat kering.. boleh menyebabkan kemalangan kepada mereka..bulu sayap/ekor/badan atau kakinya boleh terlekat di sarangnya yang sedang dibina.. boleh menyebabkan kematian.. SAYANGKAN???

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments