Pemilik Hardwares/Pembekal Machines: Ramai Yang Menjadi Pengusaha Sarang Burung Layang-layang Gua



Ramai dari kalangan Pemilik Kedai-kedai hardwares dan juga pemilik kedai-kedai di pekan-pekan kecil seperti Kemunting, Taiping, Sungai Petani, dan lain-lain punya kesedaran tentang industri ini sejak awal-awal lagi...KENAPA YA??

Pada pandangan Pak Din mungkin disebabkan di sinilah kontraktor-kontraktor mendapatkan bekalan bahan-bahan binaan.. dan juga machine-machine/peralatan yang digunakan. Apabila telah timbul kesedaran, mereka tidak memerlukan modal yang besar untuk membina rumah burung sebab mereka boleh mendapatkan bekalan bahan binaan dengan harga yang paling murah.

Walau pun di kampung-kampung, mereka lebih awal membina RBL ini dan mendapatkan hasil lebih cepat kerana dapat peluang menjadi pioneer di tempat mereka.. Bukan sahaja pengusaha Cina berbuat demikian, pengusaha Melayu juga berbuat demikian apabila mereka mempunyai kedai-kedai hardwares.

Pak Din biasa bertemu dengan ramai pemilik kedai Melayu di serata tempat.. contohnya di Besut.. beliau telah pun mula membina rumah burungnya di sebelah kedainya sejak 2 tahun dulu dan kini telah dapat mengutip hasil sarangnya dalam anggaran 2 kilo sebulan..

Beliau juga telah mula membina sebuah lagi rumah burung di Kelantan..tetapi malangnya oleh kerana angan-angannya membina sebuah rumah yang agak besar... masalah pekerja menjadi dilema padanya dan kini sudah setahun di mulakan masih belum dapat disiapkan..

Seorang lagi pemilik kedai hardware tinggal di Ulu Bernam.. rumahnya masih dalam pembinaan. Insha Allah akan disiapkan tahun depan..

Pak Din amat berharap akan lebih ramai lagi pengusaha Melayu mula menceburi bidang ini sebagai pendapatan sampingan. tetapi nasihat Pak Din jangan terlalu ambitious.. nak buat besar-besar.. last-last bertahun-tahun tak dapat disiapkan.. Mulalah secara kecil-kecilan dulu.. Yang penting kita dapat memulakannya terlebih dulu.. dapatkan hasil dan kemudian besarkan rumah kita...


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments