Lawatan Manager Bank Pertanian ke RBL

Hari ini Pak Din diminta menunjukkan RBL berkos rendah kepada pegawai-pegawai bank Pertanian dari Guar Chempedak, Alor Setar dan Kuala Lumpur.. Mereka kerapkali diberitahu tentang RBL-RBL yang dibina dengan kos antara RM40K hingga RM100K. Tetapi tidak pernah melawat rumah-rumah sedemikian.

Pada dasarnya mereka tidak percaya RBL boleh dibina dengan harga begitu kerana rata-ratanya mereka hanya pernah melihat kejayaan pada RBL yang berkos RM150K keatas..

Pinjaman yang diluluskan sehingga kini cuma dengan kos yang sedemikian.. Jadi mereka kurang yakin bila ada pemohon yang ingin memohon pinjaman di bawah RM100K.

Pak Din membawa mereka melawat RBL Kuala Kedah dan Teroi.. Alhamdullilah begitu banyak burung keluar masuk kedalam kedua2 rumah semasa lawatan tersebut.. Insha Allah pegawai-pegawai bank tersebut dapat diyakinkan.. dan mungkin selepas ini jika ada kaum bumi yang ingin membuat pinjaman.. chances permohonan mereka diluluskan mungkib cepat sedikit.. Insha Allah.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments