Kenapa Rumah Ku Tidak Di Gemari Burung.....!!!!


Semalam Pak Din di Kuala Lumpur dan disebelah malamnya bertandang kerumah burung seorang Teman dari Klang.. Beliau telah menalipon Pak Din sejak beberapa hari lepas.. mengadu rumah beliau tidak mahu di masuki burung.. Walau segala keperluan telah disediakan untuk burung-burung ini...mereka hanya LALU SAHAJA DI ATAS RUMAH NYA.. TANPA SINGGAH WALAU UNTUK MELIHAT-MELIHAT DI DALAMNYA..


Pak Din berkesempatan melawat rumah beliau..ermmm..dari luar dan bawah..kelihatanya ok.. pintu masuk tidak kelihatan..mungkin dibuat supaya burung dapat terjun dari atas.. Tujuannya untuk mengelakkan bunyi bising supaya tidak mengganggu jiran sekeliling.. MAKLUMLAH RUMAH BURUNGNYA DIKELILINGI RUMAH JIRAN TERLETAK DI SEBUAH KAMPUNG..YG PAK DIN KURANG PASTI KAT MANA... MALAM GELAP..

RBL ini terletak ditingkat atas rumah beliau sendiri..diperbuat dengan batu bata.. kelihatan kemas dan menarik.. Pak Din dibawa ke tingkat atas.. dan masuk kerumahnya. Rumahnya ok..suhunya ok.. humiditinya juga ok.. Beliau telah pernah mengikuti kursus PERHILITAN SIRI KE ??? DAN punya kepakaran dalam elekronik..so semuanya ok..cuma bunyinya yang Pak Din dapati mungkin kurang menarik dan tak sesuai untuk bururng-burung di sini.. katanya dibeli dari seorang konsultant Cina.. Hanya sejenis bunyi...ERMMM apa yang Pak Din rasa tentunya tak sesuai..

Beliau meminta tolong Pak Din.. apa yang boleh Pak Din bantu hanyalah berkongsi bunyi yang ada..mungkin beliau boleh tukar dan cuba lagi.. Jika bersesuaian..insha Allah... Doalah kita bersama-sama supaya kejayaan milik kita.. KELAK

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments