Kenali RBL Rekabentuk Moden 2010


Usaha membawa kejayaan.. begitulah harapan pemilik RBL ini.. Rumah yang dibina menggunakan zinclom ini walaupun sudah sejuk dengan dwi-lapisan dindingnya disejukkan lagi dengan "ventilation holes"nya disetiap tingkat rumahnya..


Tidak cukup dengan itu 4 biji ventilation fans di atasnya ditambah bagi menyejukkannya lagi.. Begitulah usaha demi usaha boleh dibuat oleh tuan empunyanya tidak mengira wang.. kerana kesemua usahanya pasti memerlukan wang kecuali ia boleh diperbuat sendiri.. Tidak apa-apa... janji rumah dimasuki burung..WALAU BURUNG TIDAK MEMINTA..


Tuan rumah ini juga menggunakan pelbagai cara bagi memanggil burung-burung disekitarnya. Berbagai jenis speaker digunakan dan dipasang tinggi untuk memanggil sejauh mungkin burung-burung disekelilingnya. AWAS..jika rumah kita terletak berhampiran dengan rumah orang/berjiran.. jangan sampai mereka marah dan mengadu kepada yang berkuasa..

Mengikut lapuran-lapuran yang telah dikeluarkan oleh pihak Veterinar.. mereka adalah penerajunya...jadi semua aduan pastinya disalurkan kepada mereka.. JADI HATI-HATI DENGAN BUNYI RUMAH KITA!! jangan ada yang tak puas hati dan tidak memahami tabiat burung-burung ini.. PASTINYA MEREKA MENYALAHI BURUNG-BURUNG INI..


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments