Berita Terkini Dari Batu Kurau...


Pembinaan RBL teman kita di Batu Kurau sudah mula berjalan lancar.. dengan empat orang pekerja..bata-bata pasir telah mula dinaikkan.. Barang-barang mula distockkan di tapak pembinaan, memandangkan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi.. dan cuti sehingga seminggu mungkin melambatkan kerja.

Insha Allah bangunan akan dapat disiapkan mengikut perancangan.. jika cuaca mengizinkan.. Burung-burung yang berterbangan di sekitar kawasan tapak seperti tidak sabar menunggu rumah baru mereka siap..setiap petang mereka datang ke kawasan ini mencari makanan. Walaupun di lokasi lain tak banyak burung yang kelihatan tetapi alhamdulllah di sini masih begitu banyak sekali.. sehingga di satu petang 2 ekor telah memasuki "dangau" pekerja.. Mereka seperti tidak merasa takut kepada pekerja2 yang sedang berkerja di situ..

Bertuah teman kita yang menjadi peminat setia blog Pak Din.. cuaca di sini yang kerap kali hujan (dekat dengan Taiping) akan kelak membuatkan burung-burungnya kelak membiak sepanjang tahun.. Jom kita sama-sama berdoa supaya pembinaannya dapat disiapkan mengikut jadual dan bunyi pangilannya dapat dilancarkan sebelum akhir bulan September kerana musim hujan lebat bakal menjelang..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments