Susu Punya Lembu.. Sapi Dapat Nama...Lain Yang Buat Taik.. Lain Yang Disalahkan...


Berikut adalah jenis-jenis burung yang kerap kali membuat najis dan kekotoran di rumah-rumah dan juga di pekan-pekan. Bila masa bila malam hari kereta yang dipark di bawah-bawah pokok dan di bawah-bawah line telephone atau wire letrik habis terkena najis...

Banyak aduan yang diterima oleh PBT, PERHILITAN dan Veterinar mengenai burung-burung Layang-layang Gua adalah disebabkan burung-burung berikut. Burung Layang-layang Rumah, Layang-layang "Palm Swift", Sualo Api dan Sualo Batu.. biasanya kelihatan di habitat yang sama dengan Layang-layang Gua, menjadikan mereka kerapkali dipersalahkan..

Burung Layang-layang Rumah membuat sarang di rumah-rumah yang kita duduki..di tempat terang di "porch" kereta kita atau di siling-siling rumah menyebabkan rumah kita kelihatan kotor oleh sarang dan najis-najis di bawahnya. Ini menyebabkan manusia yang tidak mengenali
spesies dan tabiat burung Layang-layang Gua melaporkan dan membat aduan kepada pihak- pihak berwajib. Kesihan si Layang-layang Gua.. burung lain yang buat taik..mereka yang di
persalahkan..

Ketika berterbangan di udara kesemua burung-burung ini kelihatannya serupa sahaja. Kecuali kita menggunakan teropong yang "power" barulah kita akan dapat melihat sedikit kelainan di antara mereka. Ada yang punya ekor yang bercabang dengan ketara "fork-tailed". Ada yang punya saiz yang lebih besar dan bawah badan dan "tongkeng" atau "rump" yang berwarna putih yang amat ketara sekali..








Ada yang bersaiz serupa dengan burung Layang-layang Gua tetapi sayap dan ekornya tajam di hujung.., sementara bahagian bawah badan juga berwarna putih terang..

Terdapat juga burung-burung Layang-layang (Swalow) yang datangnya dari utara hemisphere seperti Utara China, Mongolia, Siberia, Rusia dll) yang datang ke kawasan kita (Semenanjung) mengikut musim. Pada bulan September hingga Disember, burung-burung ini akan berhijrah ke tempat kita dan pada bulan Mac, April, Mei pada tahun berikutnya mereka akan mula berhijrah pulang untuk membiak di utara hemisphere... Burung ini dikenali sebagai "Barn Swalow". Mereka datang dalam kumpulan yang besar..beribu-beribu jumlahnya. Merekalah yang membuat kotor di bangunan-bangunan dan juga di talian telephone dan wire letrik di waktu malam..

Ada pula spesies/jenis burung tempatan yang juga kerap- kali membuat kotor di bangunan-bangunan dan talian letrik pada setiap masa di mana saja terdapatnya Layang-layang Gua. Mereka juga mencari makanan di kawasan yang sama..



Mereka adalah "Pacific Swalow" ... Begitulah antara spesies yang selalu membuat taik..tapi lain yang di persalahkan..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments