Sepanjang Perjalanan Pak Din 28 Ogos 2010

Semalam Pak Din bertolak dari Arau, Perls ke Batu Kurau dan seterusnya ke Taiping Melalui Kemunting.. Satu perjalanan yang memakan masa yang panjang dan meletihkan.. Maklumlah bulan Ramadhan kan??

Pak Din bersama isteri memulakan perjalanan dengan merakamkan gambar sebuah rumah yang amat menarik sekali di Jelempuk.. Kelihatannya seperti sebuah rumah orang tetapi bila mengamati di sebelah tepinya ternampak pintu masuk yang menghala ke tepi jalan.. menghadap matahari naik.. Kelihatanya beberapa ekor burung
yang keluar masuk.. Rumahnya
kelihatan baru... mungkin baru disiapkan pada awal tahun ini.. Cantik.. beratap genting.. satu pelaburan yang menarik..

Selepas Jelempok, Perlis Pak Din memandu melalui "Highway" dan terus ke Sungai Petani.. mencari berberapa peralatan 'staging" untuk pembinaan rumah burung. Sementara Pak Din membeli barang isteri Pak Din mengambil gambar RBL di sekeliling. Kebanyakkan RBL dibina di atas bangunan kedai yang terdiri daripada pelbagai "business".
Hari in agak "sunyi" dari burung
layang-layang.. HAIRAN Pak Din kerana sehari dua ini kelihatannya seperti burung semacam "mogok".
Tak banyak yang kelihatan berterbangan di udara mahu pun di sekitar rumah.. ermmm... Mungkin hari terlalu "panas".

Selepas membeli barang di Sungai Petani kami meneruskan perjalanan ke Batu Kurau untuk membeli barang-barang bagi pembinaan rumah burung teman kita di sana.. Selepas memesan bahan-bahan binaan kami meneruskan perjalanan ke Batu Kurau. tapak pembinaan...wow. .. panasnya hari ini..di sini juga burung tak banyak
yang terbang.. hairan lagi Pak Din.. mungkin hari sudah tengah hari..panas.. burung bagaikan malas nak keluar mencari makanan..

Tapak lantai rumah telah disiapkan oleh pekerja Pak Din... mereka menunggu tiang besi untuk dipasangkan dan selepas itu dinding bata akan terus dinaikkan.. Perancangan mereka.. dinding akan disiapkan menjelang hari raya..

Insha Allah kata mereka jika Tiada ARAL MELINTANG.. Kita hanya merancangkan?? DIA yang menentukan..

Waduuhh...masalah pula.. generator untuk kerja-kerja welding..rosak pulak..terpaksa Pak Din ke Kemunting/Taiping unuk membeli generator baru.. Ermm Bagus juga lama tak kesana.. boleh juga mengambil gambar-RBL di sana..

Di sepanjang perjalanan pelbagai bentuk dan rupa RBL dapat dilihat.. Kebanyakkn RBL di sini dibina di atas bangunan sedia ada..

Cuma sedikit sahaja bangunan baru dibina semata-mata untuk RBL.

Pekan Kemunting bukanlah sebuah pekan burung Layang-layang seperti
Sungai Petani, Alor Setar, Tanah Merah, Kuala Kerai dan sebagainya yang rata-rata kelihatan rumah burung yang pelbagai rupa dan bentuk.. baru dan lama..

Di Taiping hampir keseluruhannya punya RBL di bahagian atas bangunan lama.. di atas kedai-kedai, bank Malayan, Bank Pertanian dan sebagainya..
RBL di sini diperbuat daripada bata pasir/merah, zinclom dan juga zinc.

Mungkin di sini pemantauan dari pihak berwajib TIADA?? atau design atau bentuk tidak dititik-beratkan bagi mendapatkan lesen premis. Atau rumah-rumah burung di sini telah lama wujud sebelum adanya sebarang garis-panduan??

Tetapi terdapat juga bangunan-bangunan baru yang dibina khas untuk burung yang mepunyai bentuk menarik dengan tingkat (bentuk tingkap kaca) yang didalamnya bata-bata pasir/merah.

Bangunan RBL di atas dibuat dengan cantik sekali, terletak ditengah-tengah pekan Taiping.. dengan hanya pintu kecil di sebelah belakangnya.. semacam satu "fortress".

Sementara RBL di sebelah ini dibuat "ikut selera sendiri". mungkin burung telah semakin banyak... jadi RBLnya ditambah lagi mengikut keperluan semasa... kelihatanya "tak menarik" tetapi sipa kisahkan?? asalkan hasilnya lumayan..

Bangunan ini pula simple bentuknya,
baru dan pintu masuknya di buka di tepi dan diatas.. mungkin untuk air hujan jatuh kedalamnya "bak air terjun".. memandangkan TAIPING PEKAN HUJAN".

Di sepanjang jalan dari Sungai Petani hinggalah ke Taiping, hari ini tidak banyak burung yang kelihatan.. berhampiran rumah mahu pun di kawasan mereka mencari makanan.. Bagaikan mereka bercuti hari ini..

pak Din tertanya-tanya.. tetapi jawapannya TIADA sehingga ke Petang..
Pak Din dan isteri berhenti berbuka puasa di pekan Sngai Petani.. di sini juga tidak kelihatan burung-burung yang pulang kerumah di waktu senja.. juga tidak seperti kebiasaan.. hampir gelap di langit apabila tiba masa mereka pulang kerumah..

Kami berbuka PUASA dengan ikan bakar..WADUH ENAK SEKALI.. disebuah kedai di tengah kota SUNGAI PETANI..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments