Sek Men Agama Rakyat Swasta - Mampu Berdikari - Menderma Kearah Pendapatan Berkekalan

Genap setahun hari ini SMKA swasta di Bt.16 Guar Chempedak, Kedah. Projek RBL ini beroperasi di bahagian atas bangunan asrama tingkat 3, dengan keluasan 2400ka. persegi.

Kini hasil sarang melebihi 2 kilo. sebulan. Bumbung di bahagian tepi bangunan asrana ini dibuka sebagai pintu masuk, dgn kerja2 pengubahsuaian hampir RM 50K. Bersyukur kini telah menampakkan hasilnya. Difahamkan hasil jualan akan di belanjakan untuk pengurusan sekolah (bayar gaji tenaga pengajar/api & air dan lll).

Alhamdulilah...kita bersyukur sek ini telah dapat berdikari sepenuhnya dan akan terus maju dalam melahirkan pendidik agama dan ahli2 agama di masa akan datang. Pak Din berharap pada ahli2 koperat atau syarikat2 yg ingin menderma kepada sek2 agama atau sek. pondok ....Mendermalah kearah pembangunan ekonomi yang akan membantu menjamin pendapatan yang berkekalan pada sekolah. Amalan kita didunia ini adalah untuk bekalan di akhirat... satu ibadah yang berterusan..Insha Allah

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments