Rumah ini juga sudah sampai ke penghujungnya..

Hari Sabtu lepas Pak Din sudah mula memanggil burung di rumah ini sebagai percubaan bagi menentukan bunyi yang bersesuaian... kerana mengikut pengalaman Pak Din setiap kawasan memerlukan bunyi yang berlainan atau mungkin sama Jadi ianya perlu diuji dahulu mana yang lebih sesuai..

Sehingga petang hari barulah dapat disiapkan.. kelihatanya begitu banyak sekali burung yang datang.. Alhamdullilah.. Apabila telah siap Pak Din tinggalkan tempat tersebut dan memberitahu tuan rumah untuk beliau memantaunya kelak.. Walaupun kelengkapan dalamannya masih belum siap sepenuhnya oleh kerana kekurangan barang.. Pak Din akan menyusul kemudian sehinggalah keseluruhannya selesai dan burung mula keluar masuk kedalamnya..

Alhamdullilah semalam Pak Din menerima panggilan dari tuan rumah yang membawa berita gembira...burung begitu banyak keluar masuk pada pagi Ahad.. Insha Allah Pak Din rasa rumah ini bakal dipenuhi dengan burung ...HANYA KESABARAN DIPERLUKAN DARI PEMILIKNYA.. DAN BANYAKKAN DOA.. KERANA KAWASANNYA AMAT STRATEGIK SEKALI..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments