Rumah Contoh PERHILITAN..


Seminggu-dua lepas seseorang telah memberitahu Pak Din tentang rumah burung PERHILITAN ini telah ditutup... atas sebab-sebab yang tidak diketahui... Pak Din terkejut mendengarnya!!

Terdetik dihati Pak Din ini perkara mustahil!! kerana ianya adalah aset kerajaan takkan bisa dijadikan "GAJAH PUTEH"!! Rumahnya juga sudah mengeluarkan hasil walau hanya setahun jagung..MUSTAHIL!!

Pak Din mengambil keputusan menyiasat perkara ini?? Teringat Pak Din di awal pembinaannya dulu Pak Din tak mengerti apa-apa pasal
pembinaan rumah burung ini..
walaupun berpengalaman tentang pembinaan rumah. Dari sinilah pembelajaran tentang rumah burung dan keperluannya Pak Din pelajari..

Dengan mengikuti beberapa siri kursus yang dianjurkan oleh
PERHILITAN.. pengetahuan Pak Din dipupuk sehingga ke hari ini...

Ermm.. siasatan Pak Din menunjukkan rumah burung ini masih lagi beroperasi.. walau dalam masa lawatan Ahli Jawatan Kuasa Kooperasi Bumiputera Perusahaan Burung Layang-layang ???namanya betul ke?? Entahlah.. Tak Pasti.. (semasa mesyuarat mereka di Paya Indah) bunyi panggilan burung tak didengari..

Kebenarannya kuasa elektriknya terhenti sementara disebabkan panahan petir.. Kini dalam proses memanggil sebutharga untuk repair.. Walaupun demikian banyak burung masih keluar masuk di sini dan sarang juga semakin banyak.

Ini menunjukkan jika rumah kita sudah ada penghuninya..bunyi tak dipasang pun tidak ada masalah kerana mereka sudah tahu rumah sendiri...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments