Rumah Besar- Pintu -pintunya Kecil..


KENAPA?? Sebuah rumah yang dibina begitu besar... tetapi pintu masuknya agak kecil??? Bayangkan "ratio" pintu masuknya dengan saiz rumah yang sebesar 20'x60'x 3-4 tingkat..?? Kemungkinan besar bagi mengelak rumah burung tersebut daripada ditembusi begitu banyak cahaya masuk yang akan menerangkan dengan kadar yang berlebihan bagi bahagian dalaman rumah. Ia juga bagi mengelak hidupan liar yang tidak diingini memasuki rumah burung dan mengganggu burung-burung di dalamnya..

Pintu kecil yang melebihi satu.. ini kerana mereka memberi peluang bagi burung layang-layang memilih mana pintu yang mereka minati.. Apa jua yang dikehendaki burung akan disediakan oleh tuan rumahnya.. TETAPI apakah yang diminta si burung?? Tidak siapa yang tahu dengan khusus.. kita hanya mampu mencuba dan jika rumah kita di penuhi burung ..maka kita simpulkan itulah yang mereka mahu...

Tetapi.. tak semua rumah boleh menggunakan kaedah/faktor yang sama kerana ianya mungkin tak disukai di rumah/tempat/lokasi lain.. JADI PENGUBAHSUAIAN PENTING berpandukan pengalaman kawan-kawan yang telah berjaya.. JADI JANGAN SEGAN BERTANYA.. TETAPI JANGAN MENGIKUT SERATUS PERATUS.. KERANA BURUNG TIDAK PERNAH MEMINTA.. atau "demand" apa yang telah disediakan..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments