Rekabentuk Yang Menjimatkan- Risiko Pulangan??

Rumah ini Pak Din bina di Bandar Baru, Kedah dengan kos minimum RM70-80K, dengan masa yang diambil cuma sebulan. Saiznya 20'x30'x(30-34'). Dengan perbelanjaan yang minimum demikian burung sudah boleh dipanggil dalam masa sebulan..(Tuan rumah ini membayar sekali gus pada permulaannya dan memberikan kepercayaan pada Pak Dn untuk membina rumah nya...beliau hanya mahu melihat rumahnya dimasuki burung diakhir sekali). Dengan kawasan yang strategik Pak Din berdoa... akan diberikan rezeki pada tuan empunya dalam masa yang singkat.. Kalau diikut contoh rumah di Ulu Bernam dalam masa 4 bulan burung sudah mula bersarang... Alhamdullilah!!

Jom kita lihat pada rumah yang gambarnya di atas dan di bawah ini.. rumah keduanya dengan reka bentuk yang juga ringkas tetapi kosnya kira-kira RM300K-500K dengan sizenya lebih kurang 20'x50'x 3 tingkat..Oklah jika anda berkemampuan... tetapi hasilnya belum tentukan?? sanggupkah anda mengeluarkan wang sehingga suku ke setengah juta untuk membina rumah burung?? Hasilnya lumayan..itu tak dinafikan...tetapi masalahnya bukan sekarang. Jika umur kita sekarang sudah menjangkau 50'an (duit pencen) !!

Sanggupkah anda berbelanja begini dengan risiko yang tinggi KERANA REZEKI DIBERI OLEH ALLAH..DI LUAR KEMAMPUAN KITA UNTUK BERUSAHA...jika kita membela lembu atau kambing misalnya..kita boleh sedikit sebanyak mengawal pembiakan dan kematiannya dengan berusaha memberi makanan yang bersih dan bermutu dan kawalan penyakit dapat dibuat atau membuat artificial inseminatio (permanian berhadas).. Tetapi bagi perusahaan burung layang-layang ini...bagaimana mewah pun rumah kita dengan suhu yang menarik dan sebagainya kalau burung masih tak mahu datang dan bersarang...apa kita boleh buat??

Kita boleh memeliharanya atau menternaknya..tetapi bila dilepaskan mereka tak mahu tinggal di rumah kita?? Entahlah..rezeki tapi kalau pun burung masuk.. berapa lama mereka akan memenuhi ruangan yang luas itu.. dan bilakah pulangan akan kita perolehi yang boleh menguntungkan (lebih dari harga rumah??) Kalau pula peruntukan kita pinjam?? bagaimana kita bisa membayar hutangnya..Entahlah...

Jika masa terlalu panjang untuk
mendapat pulangannya?? Kita yang sudah berusia 50 tahun ke atas. Bila pulak kita akan dapat merasa keuntungannya?? Tepuk dada tanya hati.....

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments