RBLnya Lebih Cantik Dari Rumahnya Sendiri....


Pak Din mengenal pemilik RBL ini sejak 6 tahun dulu. Bermula dari pembelian barang-barang perabut di kedai abangnya dikedai bersebelahan, pemilik RBL ini telah membuka sebuah kedai hardwares.. Dari sebuah kedai yang kecil kini mereka telah dapat membeli tanah yang agak luas di sebelah belakang kedainya..

Mula mengenali pemilik kedai hardwares ini dulu pemiliknya telah menyatakan keinginan membina sebuah RBL tetapi tidak cukup wang dan tidak punya tanah yang bersesuaian.. Pada pandangan beliau terlalu mahal untuk membina sebuah RBL yang difahaminya berharga ratusan RM.. Ketika itu Pak Din dan isteri pergi membeli barang-barang binaan.. Lebih dari sejam berbual.. dan Pak Din menceritakan tentang rumah-rumah yang dapat dibina dengan harga yang murah dengan mendapat hasil dalam tempoh 1-2 tahun.. Beliau KURANG PERCAYA..

Tapi baru-baru ini Pak Din terkejut apabila melihat sebuah rumah yang tersergam indah dibina dibelakang kedai hardwarenya. Mulanya Pak Din ingat bangunan tersebut adalah rumahnya sendiri.. tetapi bila diamati disebelah belakangnya..tingkap yang semacam terbuka adalah pintu masuk burungnya.. hmmm cantik sekali. tentu pelaburanya amat tinggi jugak tetapi mungkin disebabkan bahan binaan sedia ada di kedainya..hanya upah yang diperlukan..

Bertuah juga si pemiliknya kerana terdapat beberapa RBL di sekitar rumahnya yang masih belum dihuni oleh burung sedangkan rumahnya sudah ada burung yang keluar masuk.. Beginilah pelaburan pengusaha Cina.. Berbelanja lebih tidak mengapa.. mungkin beliau mengganggap jika tidak berjaya rumah itu bakal didudukinya kelak... kerana rumahnya sendiri hanya sekadar bangunan kedai yang tidak menarik...

Semasa bercerita dengan Pak Din.. beliau memberitahu beliau baru saja membeli sebuah rumah di Jitra dengan harga hampir RM 500K dan beliau bercadang untuk menukarkannya menjadi rumah burung kerana di sana masih kurang rumah burung yang sedia ada. Di Perlis katanya burung tak banyak.. sedangkan rumah burungnya terlalu banyak.. ermm satu idea yang baik.. untuk menjadi usahawan yang berjaya... potensi sesuatu tempat perlu difikirkannya.. MACAM MANA DENGAN KITA???

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments