Petikan Utusan Malaysia

ARKIB : 14/08/2010

PBT pantau perusahaan walet


Perusahaan burung walet yang dilakukan di premis perniagaan aktif di kawasan Majlis Daerah Jempol.

SEREMBAN 13 Ogos - Kerajaan memutuskan untuk mengguna pakai Garis Panduan Permohonan Lesen Premis Perusahaan Burung Walit bagi semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Langkah itu bertujuan bagi menyelaraskan apa juga aktiviti berkaitan pemeliharaan haiwan berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin berkata, melalui garis panduan itu pengusaha burung walet di negeri ini hendaklah mematuhi beberapa syarat sebelum ia dibenarkan beroperasi.''

Antaranya ialah tanah hendaklah dikategorikan sebagai bangunan perniagaan manakala bagi bangunan free standing di atas tanah pertanian, hendaklah syarat nyata tanah ditukar terlebih dahulu kepada kategori bangunan perniagaan," katanya di sini baru-baru ini.Menurut Chen Pin, selain itu, jarak bangunan hendaklah sekurang-kurangnya 150 meter daripada mana-mana bangunan kediaman berdekatan.

Perlu juga ditegaskan katanya, cadangan penternakan di kawasan perumahan, komersial pusat bandar, kawasan peranginan, tempat yang dikunjungi orang ramai dan tempat awam adalah dilarang sama sekali.''Pengusaha burung walet ini hendaklah mendapat persetujuan daripada tuan punya premis bersampingan dengan premis yang dicadangkan iaitu di kiri dan kanan, bahagian hadapan dan belakang premis tersebut," tegasnya.

Katanya, pengusaha ini juga perlu mendapatkan pandangan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri untuk tujuan keselamatan.Selain itu kata Chen Pin, perakam suara yang dibunyikan untuk memanggil boleh dibenarkan untuk digunakan, namun kekuatan bunyi hendaklah dihadkan kepada 40 'decibels' sahaja.''

Jumlah bangunan yang dibenarkan menjalankan industri ini pada satu deretan bangunan adalah pada kadar 1:5," jelasnya.Sementara itu, Chen Pin juga memberitahu jumlah pengusaha burung walet termasuk yang tidak berlesen mengikut daerah yang paling tinggi ialah Majlis Daerah Jempol (MDJL) iaitu sebanyak 400 premis yang dikesan.''

Majlis Perbandaran Seremban (MPS), cuma satu manakala Majlis Perbandaran Nilai (MPN), dikesan sebanyak 41 pengusaha burung walet sedang beroperasi.''Di kawasan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) ialah 24 premis, di Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) pula direkodkan sebanyak 20 premis.''

Bagi kawasan Majlis Daerah Rembau (MDR), sebanyak empat premis dikenal pasti mengusahakan burung walet, sementara Majlis Daerah Tampin (MDT) sebanyak 41 premis dan tiada direkodkan premis burung walet di kawasan Majlis Daerah Jelebu (MDJ)," kata Chen Pin.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments