Petikan Kosmo 1 Ogos 2010

Agrobank sedia RM67.7j industri burung walit




KUALA LUMPUR - Agrobank memperuntukkan RM67.7 juta untuk membiayai projek berkaitan industri burung walit yang nilai eksportnya kini melebihi RM1 bilion setahun.

Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Said (gambar) berkata, dana pinjaman yang dilancarkan sejak 19 Mei lepas itu akan membolehkan kira-kira 2,000 pelanggan membina rumah burung walit kos rendah antara RM10,000 dan RM30,000 sebuah.

Beliau berkata, faedah pinjaman yang dikenakan ialah 3.75 peratus.

"Peruntukan dana ini akan membantu pengusaha burung walit dan orang ramai menceburi industri menguntungkan ini," katanya pada sidang media mengenai dana pinjaman itu di Ibu pejabat Agrobank di sini semalam.

Ahmad berkata, peruntukan dana tersebut juga sejajar dengan usaha kerajaan melalui Model Baru Ekonomi (MBE) untuk meningkatkan pendapatan rakyat daripada AS$7,000 (RM23,257) kepada AS$15,000 (RM49,837) setahun.

Burung walit ialah antara industri berimpak tinggi yang diberi penekanan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, selain penternakan ikan arowana dan rumpai laut, katanya.

Beliau berkata, tiada peruntukan khas diberikan kepada bidang itu sebelum ini.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments