Pembakaran Jerami Padi...

Bagi RBL yang terletak di tengah-tengah sawah padi..musim selepas menuai adalah amat kritikal kepada burung layang-layang.. Jika burung layang-layang dirumah kita baru nak belajar berjinak-jinak masuk keluar.. sesuatu yang kita boleh control janganlah dibuat..umpamanya membakar jerami di tepi rumah kita.. kelak menakutkan burung sebab asap boleh masuk dan memenuhi ruangan dalaman rumah. Ini boleh menyebabkan burung merasa "lemas".

Perkara yang sama pernah berlaku kepada rumah teman kita di salah sebuah kawasan perumahan di Sg Petani. Pihak Jabatan Kesihatan ?? telah membuat semburan ubat DDT untuk membunuh nyamuk Denggie. Burung yang telah mula tidur di dalam rumah tersebut terbang keluar dan tak mahu masuk semula sehingga penambah-baikan dibuat dan bunyi ditukar. Perkara ini juga pernah berlaku di rumah-rumah burung milik pengusaha China yang terletak di tengah sawah..

Kita boleh "control" supaya diri kita tidak membakar jerami disekeliling rumah kita.. atau kita minta pihak jiran kita untuk tidak melakukannya dengan memberikan lain-lain alternatif.. JADI JAGALAH SUPAYA BURUNG KITA TAK DIGANGGU.. TETAPI jika jiran tidak mahu berkerjasama...apa boleh kita lakukan KAN??

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments