Pelancaran RBL Yang Telah Berjaya DiJalankan Secara berturutan..

Alhamdullilah keseluruhan rumah yang diamanahkan kepada Pak Din bagi membinanya kini telah 99% siap dan berjaya dilancarkan. Walaupun terdapat pelbagai rintangan semasa pembinaan ke empat-empat RBL
ini..Syukur juga akhirnya Pak Din dapat menarik Nafas lega>>>>

Kesemua RBL telah dimasuki burung..peringkat ke 2 (Refer pada posting-posting di awal blog Pak Din) telah berjaya kini yang tinggal ialah kesabaran dan doa dari pemilik rumah. Berbanyaklah berdoa.. sebab BULAN RAMADHAN INI ADALAH BULAN DOA DIPERBANYAKKAN.. dan doa-doa dibulan ini insha Allah dimakbulkan oleh Yang Maha Pengurnia... Rumah yang pertama di bina di Bandar Baru, Kedah (berukuran 20'x30'x 30' menggunakan zinclom), rumah kedua Di Kuala Kedah, Kedah (20'x20'x20' penggunaan bata pasir), rumah ketiga di Kuala Besut, Terengganu (20'x30'x30' zinclom) sementara yang ke empat (Di Yan, Kedah) menggunakan bata merah (20'x30'x30') Kesemuanya menggunakan konsep modern di dalamnya yang menyediakan ruangan yang luas untuk burung terbang dan berlegar..

Kesemua rumah ini juga menggunakan konsep "burung masuk terus ke dalam tempat pembiakan" dan kelihatanya sedikit cerah.. ini tidak mendatangkan masalah pada burung.. kerana di habitat asalnya mereka tinggal dan bersarang di tempatt yang lebih cerah daripada itu... Jadi Pak Din harap pemilik-pemilik rumah jangan merasa risau.. Biarkan burung-burung masuk keluar terlebih dahulu dan Insha Allah Pak Din akan datang lagi bagi menambah-baik di mana perlu..



Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments