OOO....Bertuahnya Burung Dapat Rumah SeCantik Ini!!


Bangunan sebesar ini yang dibuat dengan sebegitu cantik.. HANYA untuk si burung tinggal hingga lebih dari ke cucu cicit... Ermmm bertuahkan si kecil si kecil itu?? Bayangkan jika burung lain yang masuk bersarang.. umpamanya Layang-layang Rumah atau Layang-layang Padi?? Sudah pasti di halau atau lebih teruk lagi tentunya dibunuh begitu sahaja tanpa berfikir panjang.. Atau memikirkan mereka juga makhluk Allah yang ingin menumpang teduh!!! Manusia ramai yang begitu kejam!! pada makhluk yang lain.. terutama pada yang tidak mendatangkan keuntungan pada mereka..

Burung Layang-layang Gua amat beruntung sekali kerana mereka dikurniakan Allah Taala, Yang Maha Esa, Yang Maha Memberi... keupayaan mengeluarkan air liur yang begitu berharga sekali.. Pada Pak Din dulunya juga tidak menghargai sarang-sarang burung ini.. kecenderungan untuk membina rumah BLL ini juga tidaklah seberapa.. Dulu Pak Din ingat..APALAH SARANG BURUNG YANG DIPERBUAT DARIPADA KAHAK BURUNG NAK DIMAKAN...EEEiii tak lalu.. ermm JIJIK PUN.. Sehinggalah terdapat fatwa yang mengatakan sarang yang diperbuat dari Air Liur ini HARAS DIMAKAN dari JAKIM!!

Mengikut JAKIM, bahagian penyelidikan mereka telah membuat kajian.. sarangnya harus di makan tetapi burung dan telurnya HARAM di makan!!!. Sejak dari itu..Pak Din merasa keenakan sarangnya yang dikatakan amat berkhasiat sekali..

Begitulah beruntungnya si burung ini.. rumah mereka disediakan sebesar yang mampu.. Dalamannya dihiasi dengan pelbagai inovasi bagi menyenangkan untuk mereka bertenggek di dalamnya..kalau dulu mereka terpaksa menggunakan jari jemari mereka yang halus tetapi tajam untuk mencengkam dinding-dinding gua supaya tidak jatuh ketanah/ke air.. kini "even" sarang tiruan juga disediakan untuk mereka...

Dulu mereka terpaksa menunggu masa yang bersesuaian untuk membiak..kini tak perlu lagi.. kerana rumah mereka sentiasa dipantau supaya punya suhu yang humiditi yang sentiasa dalam keadaan menyelesakan mereka anak beranak untuk tinggal di dalamnya.. Kalau dulu penat mereka menjelajah segenap pelusuk untuk mencari makanan.. kini rumah paling hampir sumber makanan/air disediakan untuk mereka...bertuah..bertuah !!

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments