Konsep Bumbung Terbuka & Pembinaan Bata Block

Konsep langit @ bumbung terbuka ini di bina oleh sahabat kita di Kg.Teluk Malik, Jitra, Kedah. Beliau menggunakan cara ini kerana disekeliling bangunan RBL terdapat banyak pokok2 buah (rambutan/mempelam/jambu dan kelapa). Beliau terpaksa membina menara pintu masuk lebih tinggi dari pokok sekeliling yakni menyenangkan dan menarik burung2 masuk dengan mudah

Perlu dingatkan cara sebegini perlu dikaji terlebih dahulu kerana jika habitat burung di sini tidak biasa dengan cara ini maka jangan kita mengambil risiko kerana ada sebuah rumah di Kodiang, Kedah bersize 20' x 80'x 4tkt. sehingga kini tidak dimasuki burung hampir setahun menggunakan konsep terjun ini. Rasa Pakdin bukan milik bumiputera. Yang penting kita perlu mengenali habitat burung layang2 dikawasan anda. Jangan segan bertanya...... dan berbincang.

Pengunaan Bahan binaan bata block pada dinding i perlu d beri perhatian dengan serius kerana yg penting suhu dan humiditi perlu d kekalkan. Setahu Pak Din kena buat pemasangan polistrin penebat haba didalam dan blower masuk dan keluar pengudaraan yang sempurna. Sama2 kita lakukan yg terbaik.
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments