Kesabaran Penting Dalam Industri Burung Layang-layang

Pak Din menerima beberapa panggilan dari tuan rumah di Kedah dan Terengganu mengenai RBL mereka yang baru sahaja beroperasi di awal bulan Ogos ini.. Ada yang memahami akan tabiat burung ini dan ada yang kurang memahami... Baru 1-2 minggu beroperasi..janganlah kita terlalu mengharap burung sudah mahu tidur di dalamnya.. Kita perlu faham bahawa burung-burung yang datang menjengah rumah kita itu sudah pun punya rumah sendiri.. Jadi untuk berpindah amatlah tipis sekali peluangnya..

Kita mengharapkan anak-anak burung yang baru mencari pasangan untuk masuk dan menetap di rumah kita.. bukan ibu atau bapa burung-burung tersebut.. TAPI kalau yang itu sanggup berpindah kerumah kita...ALHAMDULLILAH KAN??

Pak Din pohon kesemua pemilik rumah yang baru ini cubalah belajar bagaimana untuk menguruskan rumah masing-masing selepas ini.. kerana pengetahuan amat penting bagi kita membuat sendiri pengurusannya.. Mencuba sesuatu yang disukai burung akan mencerahkan lagi peluang kita untuk berjaya..tanyalah kawan-kawan kita yang sudah punya rumah yang dah menampakkan kejayaan... GUNAKAN chat box kita di sini untuk berinteraksi sesama sendiri, mana yang Pak Din tak dapat jawab..mungkin kawan-kawan lain dapat membantu.. INSHA ALLAH.

Pak Din tumpang gembira bila teman dari Yan dan Besut baru-baru ini menalipon menceritakan begitu banyak burung keluar masuk rumah mereka.. Kelak jika ramai yang datang melihat..JANGANLAH PULAK KITA TERLALU BERMURAH HATI MEMBERI ORANG KELUAR MASUK KERUMAH KITA.. nanti mengganggu burung-burung yang sedang menjelajah rumah kita itu.. kelak takut pulak mereka untuk tinggal di dalamnya.. TERDAPAT CARA-CARA YANG BETUL UNTUK KITA MASUK KEDALAM RBL YANG PERLU KITA KETAHUI.
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments