Dulu 12 Kilo- Rumah Kecil Kini Berjiran 2 Beradik BersaIng

Semalam Pak Din melalui Pekan Kecil Tokai, Yan dan melepasi sebuah rumah burung yang yang dulunya telah menghasilkan sekurang-kurang 12 kilo sarang yang tidak dituai sehingga 2-3 tahun. Mengikut pemiliknya abang beliau telah meminta beliau mengubahsuai rumah di bahagian atas rumahnya menjadi rumah burung.. Beliau tidak tahu apa-apa pada masa itu.. Jadi rumah burungnya tidak pernah diselenggara...

Nasibnya baik kerana di masa tersebut tidak ada rumah lain di sekitar kawasan tersebut dan BELIAU JUGA MERUPAKAN PIONEER DI SITU...Pak Din bersama beberapa orang pegawai PERHILITAN yang sedang menjalankan kajian Burung Layang-layang Gua ini telah mendengar cerita bahawa beliau ingin menjual sarang burungnya yang baru dikutip... dengan harga RM1,500 sekilo.. amat murah sekali...

Semasa lawatan kami.. pemilik rumah tersebut telah menunjukkan sarang-sarang yang telah dituai.. kurang menarik..qualitinya amat teruk sekali..dan sebahagiannya dah pun berkulat.. dengar cerita kemudiannya telah dijual dengan harga purata cuma dalam RM800-1,000 sahaja..

Pemiliknya si adik adalah tukang besi, sementara abangnya taukey beras.. sejak 2 tahun lepas.. rumahnya sudah berubah.. kini telah dibina sebuah lagi rumah 3 tingkat yang besar disebelah rumah adiknya.. Mungkin satu hari semua kilang disebelahnya akan ditutup dan kedua beradik ini cuma menunggu hasil dari sarang burung..menjadi jutawan sarang burung... begitulah ceritanya bagaimana seseorang yang tidak punya apa-apa pengetahuan tentang industri ini kini sudah jadi...JUTAWAN?? MUNGKIN JUGA...

Jadi jika kita juga tinggal di kawasan yang bersesuaian sekali sebagai habitat burung ini.. BILA LAGI akan kita akan MULAKAN??? Jangan sampai ada orang luar yang datang membeli tanah di kawasan kita dan menjadi pioneer di kawasan kita.. KERANA SEORANG PIONEER PUNYA BANYAK KELEBIHANNYA..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments