Pintu Yang Menarik - Bagi Yang Berjiran..

Pemandangan begini agak biasa dilihat di kawasan pekan atau bandar-bandar yang dipenuhi dengan rumah-rumah burung...umpamanya di Alor Setar, Tanah Merah, Kota Baru, Sungai Petani dan lain-lain.. Pelbagai jenis pintu dapat dilihat: secara terus masuk kerumah melalui dinding, melalui "monkey house" dan lain-lain.

Mana yang lebih menarik pada burung??? Pak Din kira jika sesuatu pintu itu punya ruangan legar yang selesa di dalamnya itulah yang lebih diminati si burung.. Cuma kita perlu memerhati perangai si burung supaya kita boleh mengetahui apa yang mereka sukai?? Bukan apa yang kita sukaikan??

Di kawasan yang punya banyak rumah dan bangunan tinggi.. bagi kita yang punya rumah baru mestilah melihat dahulu kearah mana pintu masuk yang perlu dibina?? menghala kedepan? kebelakang, ke tepi atau kemana?? kerana hala pintu masuk akan mempengaruhi hala tuju bunyi yang akan kita pancarkan untuk menarik burung masuk kerumah..

Pintu masuk yang tersorok di antara celah-celah bangunan akan menyebabkan bunyi yang kita pancarkan tidak jauh perginya..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments