Apabila Sarang-sarang Tidak di Tuai Selepas 2 tahun ke Atas..










Petikan gambar-gambar dari 10000 birds
Apabila rumah kita mula didiami oleh burung layang-layang ini.. dan kita membiarkan mereka bersarang tanpa gangguan, pembiakan mereka akan menjadi lebih cepat kerana masa yang diambil bagi membuat sarang iaitu lebih dari sebulan dapat dipendekkan kepada beberapa hari sahaja untuk pembiakan bagi "clutch" yang kedua dan seterusnya.

Oleh kerana tabiat burung layang-layang ini adalah membiak seberapa banyak yang boleh dalam sesuatu musim.. maka jika kita membiarkan mereka membiak tanpa menggangu mereka.. maka burung-burung didalam rumah kita makin cepat bertambah..
dari 2 menjadi empat kemudian jadi
6,.. 10,18, 34 dan seterusnya.. Ini hanya akan berlaku jika gangguan diminimumkan..dan kondisi rumah kita dalam keadaan ideal bagi burung.. Bayangkan jika di rumah kita sudah ada sepuluh pasang??? tentu jumlahnya berlipat gandakan??

Oleh kerana itu Pak Din sentiasa mencadangkan sarang burung kita jangan dituai sehingga pada hujung tahun ke dua dan seterusnya..Tetapi selepas tahun kedua dan seterusnya jika ianya tidak dituai sarang akan menjadi bertindih-tindih seperti dalam gambar ini.. sehingga kta tak kenal lagi antara sarang ibu..sarang anak atau sarang cucu-cucu.. dan ketika ini (seperti dalam gambar) qualitinya sudah mula menurun..


Jadi di masa ini seeloknya semua sarang dituai supaya semua burung dapat menyusun semula tempat bersarang masing-masing. Maka di tahun ketiga mereka sudah punya tempat yang khas untuk bersarang dan kita bolehlah mula menandakan sarang2 tersebut untuk pengurusannya kelak..


Ketika isteri Pak Din memantau kajian populasi burung (dalam rumah) ini oleh salah seorang pegawainya  pada satu masa dulu di Bentong, Pahang (pemiliknya seorang jutawan sarang burung layang-layang- Cina). Sarang-sarang ini dibiarkan tanpa diganggu sehingga burung-burung itu merasa begitu selesa bersarang dan kajian "menangkap dan menggelang" kaki mereka tidak langsung menjejaskan aktiviti   harian.. Populasi mereka meningkat "steadily" di akhir kajian tersebut.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments