Alangkah Bertuahnya Mereka..

Pak Din dalam perjalanan ke Kuala Lumpur semalam bersama isteri untuk mendapatkan peralatan pembinaan rumah burung... Sampai di Slim River... teringat Pak Din tentang "apa khabar" rumah burung Hj. di Ulu Bernam.. Kami berbincang tentang rumah tersebut. "berapa banyak burung yang telah bermalam di sini" ... Teringat permulaan Pak Din memasang audio sistem di sini pada 6 April dulu sehingga salah seorang pekerja Pak Din terjatuh tangga dan dibawa kehospital dan dibawa mengurut.. Kemudiannya Pak Din dikejutkan dengan panggilan gembira dari tuan rumah pada akhir Jun lepas menyatakan berita gembiranya burung sudah pun masuk dan tidur di dalamnya..

Semalam Pak Din mendapat berita gembra lagi.. Hj telah menalipon dan menceritakan "sudah ada yang mula bersarang!!" WOW Pak Din mengiraa-ngira dari 6 April dulu hingga kini hanya kurang dari 4 bulan rumah ini sudah mempunyai sarang...ALHAMDULLILAH Pak Din tumpang gembira.. Berhasil juga usaha KAMI...

Hj bertanya boleh tak beliau menambah sarang tiruan di dalam rumahnya.. Pak Din kata boleh ajer kerana Hj memberitahu banyak burung yang dok bertenggek di sarang tiruan tersebut... tetapi perlu diingati sarang tiruan tersebut perlu diubah selepas kali kedua atau ketiga mereka bersarang... supaya mereka boleh belajar membina sarang selepas itu.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments