Kerja-kerja Pembinaan Akan Bermula Esok...Insha Allah

Sambil menyambut bulan puasa (Ramadan)ini. Hari pertama Pak Din ke lokasi terbaru, (Batu Kurau/Perak). Oooo..cantik, menarik dan tertarik juga. Di sini bakal di bina sebuah RBL milik kawan kita... peminat setia blog ini. Insha Allah dijangkan siap selepas puasa 6. Maka kita akan berbangga kerana "Aku ?..(nama dirahsiakan) anak Melayu pertama di Kampong ku akan megorak langkah meperbagaikan ekonomi di sini. Kelak akan menjadi contoh (model) buat anak2 kampung ku. Sama-sama kita berdoa kejayaan Pak Din dan beliau bersama.

Hari ini 24 Ogos 2010, Pak Din menghantar pekerja-pekerja ke tapak bagi memulakan projek RBL. Agak terlewat dari perancangan AWAL.. kita merancang, Allah yang menentukan.. Hujan setiap hari membuatkan kerja-kerja penambakkan tidak dapat dijalankan mengikut jadual.. Tetapi Alhamdullilah 2 hari tanpa hujan 2 hari lepas membolehkan kerja-kerja penambakan disiapkan.

Longgokan barang-barang untuk kerja-kerja awalan telah ditempah..INSHA ALLAH dalam sehari dua kerja-kerja tapak akan dapat dimulakan..Harapan Pak Din cuaca menyebelahi kita..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments