Aku Yang Pioneer Di Kg.Ku Di Batu Kurau

Tanggal 25 Ogos 2010 sudah bermula pembinaan tapak RBL Ku. Pak Din telah menghantar pekerjanya untuk menyiapkan kerja-kerja awalan tapak. Petang ini Pak Din menjengah mereka di tapak... tapak untuk dimasukkan lantai concrete telah disiapkan.


Puas Pak Din merayau mencari tempat bancuhan concrete (concrete mixer) ..tetapi tak berhasil.. terfikir Pak Din di mana agaknya "kedai"
tersebut.. terjumpa Pak Din satu
lori siput".. Pak Din ikut.. tetapi akhirnya entah kemana menghilang.. jauh sekali..

Segala acuan tapak sudah pun disiapkan.. hari ini batu/pasir dan cement mesti diorder kerana kerja-kerja membuat tapak concrete dan tiang akan dinaikkan.. Insha Allah.

Rata-rata tokey-tokey kedai Cina di sini bertanya ... NAK BUAT RBL KA? DI MANA? MILIK ORANG MELAYU? ERMMM ORANG MELAYU NAK BUAT?? BUKAN SAJA TOKEY KEDAI..malahan kuli-kuli mereka yang rata-rata budak-budak Melayu juga bertanyakan demikian.. bagaikan satu KEAJAIBAN.. Orang Melayu bakal membina sebuah rumah burung di sekitar Batu Kurau..

Al-maklumlah belum ada RBL milik orang Melayu di sekitar kawasan ini.. even.. RBL China pun hanya ada 1 buah sahaja (di pekan Kuala Kurau) .. Satu langkah yang baik bagi TEMAN KITA DI BLOG INI..Sudah lama beliau mencari maklumat dan ilmu kini dah TAK SABAR-SABAR untuk memiliki sebuah RBL.. Syukurlah beliau telah memulakan jejak pertama dengan membeli tanah sawah di sini...Harga?? mungkin sekarang masih murah dibandingkan di esok hari apabla makin ramai yang membelinya untuk membina RBL masing-masing..

Menjadi seorang pioneer di sini amat bertuah sekali kerana di sepanjang Pak Din berada di Tapak sehingga lewat petang.. begitu banyak sekali burung layang-layang yang mencari makanan di sini.. Insha Allah kejayaan bakal menjadi milik beliau.. Berdoalah.. sama-sama kita menempah kejayaan.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments