WOW..INGATKAN RUMAHNYA SIKIT JER...RUPA-RUPANYA...MASHAALLAH!!!!!!

Sungguh menakjubkan Kota Baru ini...dilihat dari jauh,, bagaikan tiada rumah burung di sini terutamanya disekitar kawasan pekan baru... Sunyi sepi tanpa kedengaran bunyi-bunyi kicauan burung.. Mulanya Pak Din ingat betulkah cerita-cerita orang yang mengatakan bandar serambi mekah ini dipenuhi dengan rumah-rumah burung...


Tetapi mashaallah bila memasuki pekan lama.. tiada yang lebih enak didengan selain bunyi-bunyi burung yang pelbagai.. Riuh rendah!!! Peliknya penduduk disini bagaikan sudah mangli dengan bunyinya... macam yang Pak Din katakan dalam posting terdahulu... bagaikan tiada apa-apa yang peliknya..





Selepas "check-out" dari hotel jam 12.30 tengahari.. Pak Din mula menjelajah bandar Kota Baru mencari rumah-rumah burung yang dikatakan begitu banyak di Kota ini..

Puas juga Pak Din merayau dengan kenderaan sehinggalah berjumpa dengan kawasan pasar lama...waduh begitu ramainya bunyi-bunyi yang amat menarik hati Pak Din..
maklumlah bagi kita yang meminati bidang ini...tiada muzik yang lebih enak didengar dari kicauan burung-burung ini..

Sebahagian besar bangunan di sini dibawahnya kedai dan diatasnya rumah burung.. boleh dikatakan setiap pintu diatasnya ditutupi bata-bata merah/pasir, kelihatanya agak buruk tanpa dihiasi dengansesuatu yang menarik..bagaikan tuannya sendiri tak kisah begitu juga majlisnya..



Mungkin dimalamnya ia kelihatan cantek dengan lampu-lampu yang berceragah di sana sini... Alangkah baiknya jika bangunan-bangunan lama ini dihiasi sedikit dengan

















sedikit hiasan luarannya... Ermm mungkin MPKB di sini tak kisah sangat begitu juga dengan penduduknya kerana terdapat banyak kedai-kedai makan, farmasi, klinik dan sebagainya ditingkat bawah sedangkan di atasnya rumah burung... Yang penting ppendapatan yang diperolei setiap bulan kan??



Rumah-rumah burung di sini lebih ketara dilihat dan didengari di belakang- belakang rumah (lorong-lorong gelap) dicelah-celah bangunan.. Bunyinya riuh rendah kedengaran.. Peliknya jarang-jarang seekor burung yang terbang di sini..mungkin cuaca yang panas membuatkan mereka keluar mencari makanan di kawasan pertanian yang terbentang luas di luar sana dan hanya pulang dipetang hari...

Pelbagai bentuk ruangan tambahan yang disediakan bagi bangunan yang tinggi.. ada yang dibuat dengan bata dan tak kurang juga dengan zinxlom.. tak kiralah asalkan rumah burung dapat dibina untuk menambah pendapatan..


Lihatlah dihadapan rumah-rumah burung ini terdapat pelbagai bangunan yang telah diubahsuai menjadi rumah burung..tentunya MPKB mendapat banyak hasil kutipan dari lesen premis yang dikeluarka??? Pegawai-pegawainya berkerja dalam suasana yang amat menarik sekali..kicauan dan teriakan burung layang-layang gua.. ALHAMDULLILAH..

Tentunya jutaan ringgit dapat dikutip dari perindustria ini.. KAYA juga MPKB ini kan??













Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments