Tanah Merah ..Ohhh Wan Tanah Merah..


Jumaat lepas Pak Din sekali lagi bertolak menuju ke Kuala Besut bagi menghantar barang-barang bagi Projek Pak Din di sana... Dalam perjalanan jam lebih kurang pukul 8.00 pagi Pak Din memasuki pekan Tanah Merah..

Sesampai di sini Pak Din disambut "riang" dengan bunyi-bunyian yang kini amat sedap sekali.. Pelbagai
bunyi dari pelbagai suara kedengaran
memecah keheningan pagi disini..
Tak banyak bunyi kereta atau lori/bus
ketika ini...cume bunyi "merdu" kicauan burung layang-layang gua.. seakan-akan bunyi "duit-duit" masuk ... ermmm..

Begitulah adatnya kan?? bila dah berminat tiada lagi bunyi-bunyi serak yang menyakitkan telinga... hahaha!!!




Rumah-rumah buurng disini kebanyakkanya berwarna warni hampir keseluruhannya di tingkat 2 ke atas.. Ada yang besar-besar bangunannya (dibina menggunakan zinclom) hampir keseluruhannya di tingkat paling atas.. Banyak yang telah punya penghuni tetapi tak kurang juga yang masih menanti burung masuk...almaklumlah rumah yang telah lama dibina masih banyak yang kosong..

tidak banyak rumah baru yang dibina di dalam pekan Tanah Merah ini.. Cuma lebih pada pengubahsuaian bangunan-bangunan lama..

Apabila Pak Din melalui jalan-jalan belakang bangunan lama ini ... Pak Din boleh lihat banyak burung masih berterbangan di atasnya.. Mungkin masih banyak yang belum keluar mencari makanan di kawasan-kawasan pertanian yang berhampiran..














Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments