Singgah di Jeli...berjumpa seorang Pok Cik...

Minggu lepas Pak Din ke Besut lagi..jam 5.00 pagi Pak Din sudah memulakan perjalanan. Pak Din mempunyai appointment dengan
seorang Pak Cik di Jeli, bapa mertua
kepada salah seorang teman baru Pak
Din yang bertugas di Kota Kinabalu
dalam bidang perfileman.

Pak Din diminta melawat tapak pembinaan baru teman tersebut. Bapa Mertua beiau diminta menunjukkan tempat pada Pak Din.




Sesampai di Jeli lebih kurang jam 8.00 pagi, Pak Din mula mencari Pak Cik tersebut... Ermmm susah juga nak jumpa... setelah mencari-cari dan mengsms teman baru Pak Din itu, barulah Pak Din ketemu pak mentua beliau... Ermmm terkejut Pak Din... simple ajer pak cik nie..

Dengan menaiki sebuah kereta kancil Pak Din dibawa pergi minum kopi di sebuah gerai.. ramai kawan-kawan pak cik nie di situ..ada yang bertanya pok cik nak kemana...atau dari mana... senang ajer jawabnya.."pok cik dari kebong"...hehehe cakapnya dengan kawan-kawan cuma separuh ajer yang Pak Din fahami...maklumlah kelate pokat... ceritanya cuma pasal burung layang-layang.. Kemudian selepas minum kami pun bertolak melawat tapak projek... terletak ditempat yang agak menarik...diatas bukit!! dikelilingi dengan hutan disekelilingnya..dan sebuah sungai yang mengalir berhampiran..

Dari atas kelihatannya tanah tersebut menghadap ke tanah lapang yang luas... OOOOOOhh bertuah pemiliknya. Pak Din memainkan bunyi burung di sini..woooo banyaknya burung yang datang..ALHAMDULLILAH..

Pak cik bertanya berapa besar rumah yang akan Pak Din bina...jawab Pak Din lebih kurang "RM 70,000". Pak Cik tu komen...ehhhh menatu nih takkan tak der pitih kut... dia kata saya nak buat rumah harga RM 100,000 lah... hahaha. banyak duit jugak Pok Cik nih..tapi Alhamdullilah Pak Cik yang nampak simple ni juga sudah ada kesedaran tentang rumah burung nih.. beliau memberitatahu baru ajer jual tanah. .dan nak guna duit tu untuk buat rumah burung sebijik...

Alhamdullilah Menantu dan Bapa Mertua bakal menjadi pioneer bagi pembinaan rumah burung di kawasan mereka..Insha Allah

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments